View: 28700|Reply: 61
|
9 Negara Paling Sejuk Di Dunia. Sanggup Ke Nak Tinggal Di Sini?
[Copy link]
|
|
Selain Antartika, ini negara paling sejuk di dunia.
Kredit Foto : Google
Rusia
Hampir suluruh wilayah Negara Rusia Memiliki suhu yang dingin. Musim panas di Rusia pula berlangsung sangat singkat.
Di Rusia, salji dan hujan yang turun disertai suhu yang teramat sejuk berlansung selama 8 bulan dalam setahun.
Kredit Foto : Google
Rusia juga memiliki wilayah yang paling sejuk di dunia, iatu Omyakon yang mana pernah mencatat -71°C dan pada kebiasaanya pula boleh mencapai hingga ke -51°C.
Kazakhstan
Kredit Foto : Google
Terletak di dalam Bulatan Arktik, negara ini berada di bawah Rusia dan merupakan sebahagian daripada bekas Kesatuan Soviet.
Bentuk muka bumi di Kazakhstan sangat tidak sekata dan suhu yang berbeza-beza bergantung kepada ketinggian.
Kredit Foto : Google
Terdapat banyak tempat di negara ini sentiasa diselimuti ais. Suhu tertinggi yang pernah dicatat oleh Kazakhstan adalah sebanyak -57°C.
Greenland
Greenland adalah sebuah pulau di lautan Arktik dan sangat dekat dengan kutub Utara. Greenland mempunyai kawasan yang agak mengerikan, kerana 80% dari keseluruhan kawasan ditutup dengan ais di beberapa tempat yang mencapai ketinggian 50 meter.
Hanya kawasan pantai selatan dan barat sahaja boleh dihuni oleh manusia.
Kredit Foto : Google
Musim panas di Greenland sangat pendek dan kekal dengan suhu dingin, sedangkan musim sejuknya pula tersangatlah sejuk.
Suhu musim panas di Greenland rata-rata sekitar 10°C di wilayah selatan dan 5°C di wilayah utara. Pada musim sejuk pula serendah -66.1°C.
Kanada
Kanada mempunyai banyak kehijauan dan tasik. Walau bagaimanapun, semasa musim sejuk, hampir seluruh Kanada menerima salji dengan suhu - 40°C.
Udara lembap yang berlaku membuatkan negara ini mengalami cuaca sejuk yang melampau lantas menyebabkan Kanada di sebelah utara yang berdekatan dengan kutub utara kadangkala ditimbuni salji setebal 30-60 meter.
Kredit Foto :Google
Suhu paling sejuk yang pernah tercatat adalah serendah -44°C hingga membawa -57°C. Namun begitu, Kanada masih menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.
Amerika Syarikat
Amerika Syarikat adalah salah satu negara paling sejuk di dunia walaupun tidak semua wilayah mempunyai suhu yang sama.
Oleh kerana mempunyai keluasan geografi yang besar, terdapat pelbagai keadaan cuaca di negara ini.
Kredit Foto : Google
Kawasan utara lebih sejuk dan menerima salji manakala kawasan Selatan dan tengahnya lebih panas dan sesuai untuk pertanian.
Suhu paling sejuk yang pernah tercatat adalah di Alaska sekitar −62.2°C. Bagi kebiasaanya pula boleh mencecah sehingga -30°C.
Iceland
Walaupun negaranya bernama Iceland, namun suhu di sini tidak boleh menandingi Greenland.
Pada musim panas, ia dipenuhi dengan kehijaun segar tetapi apabila musim sejuk semuanya diselimuti salji.
Kredit Foto : Google
Rata-rata suhu di negara ini antara -20°C hingga -30°C bahkan boleh membawa kepada -40°C. Namun begitu, bahagian selatannya masih lebih panas berbanding sebelah utara negara ini.
Finland
Kredit Foto : Google
Finland terletak di utara Eropah yang mempunyai musim sejuk yang panjang, bahkan terkenal dengan Aurora Borealis yang lebih dikenali sebagai Northern Lights.
Negara ini memiliki suhu sejuk hingga membawa kepada -45°C dan pernah mencatat suhu paling sejuk sebanyak −51.5°C. Tetapi, selain musim sejuk yang melampau, Finland juga akan mengalami musim panas yang cukup hangat.
Estonia
Di Estonia, suhu paling sejuk yang pernah tercatat adalah -43.5°C. Namun begitu, sub-sifar Estonia tidak disebabkan oleh salji yang berterusan. Sebaliknya, arus angin seperti angin monsun telah menyebabkan suhu yang sangat sejuk.
Musim sejuk di sini agak panjang, tetapi saljinyai lebih kurang dari negara-negara lain yang tersenarai.
Kredit Foto : Google
Estonia adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Eropah kerana kos yang rendah, seni bina abad pertengahan yang indah dan hutan pain yang tebal.
Mongolia
Kredit Foto : Google
Negara yang mempunyai ketinggian 4,900 meter atas paras laut mempunya musim sejuk yang mencapai 5 bulan setiap tahun dengan suhu -20°C.
Pada musim panas, negara ini mempunyai suhu 0 darjah Celsius. Suhu tertinggi yang pernah tercatat adalah −58°C.
Kredit Foto : Google
Ada yang bercadang menetap di negara paling sejuk ke? Jika diberi pilihan, negara mana pilihan anda? -CARI
Sumber:en.wikipedia.org,earthnworld.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takat hujan pun aku dah demam ketar tambah lagi nak tggal kat kawasan mcm ni..mmg takde masalah lgsg arr..habis2 jd statue..tu je pun |
|
|
|
|
|
|
|
matbad: Takat hujan pun aku dah demam ketar tambah lagi nak tggal kat kawasan mcm ni..mmg takde masalah lgsg arr..habis2 jd statue..tu je pun
sbb bdn kita dh sebati ngn iklim khatulistiwa.. cer dorang plak dtg negara kita mau gak demam teruk agaknye x tahan panas lembab {:question |
|
|
|
|
|
|
|
Semua pun tak pernah sampai lagi. Tak tahulah boleh tahan ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pny sejuk level kundasang je {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
canada tu bukan satu negara sejuk, cam vancouver,
sangat mild snow pun tak turun kekadang..
tapi jangan quebec cam tempat me, minggu lepas sampai minus 32 ..
semalam minus 22.. tapi dengan masa, kalau cam me dah belas tahun..
tiada beza pun berapa suhu, tak terasa sangat dah... |
|
|
|
|
|
|
|
beku lerrr...hujan kat malaysia suhu 19 darjah pun dah gigil macam apa
tapi semua tempat tu lawa ... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya main salji..tapi dah memang lahir2 duduk malaysia mana maunya tahan badan ni dengan cuaca sesejuk camtu... |
|
|
|
|
|
|
|
badan cepat adapt sebenarnya...
so kalau u pergi menetap tempat sejuk,
tahun pertama mungkin azab terasa, tapi semakin tahun berganti,
you ok aje kemudian dengan suhu beku sekalipun.
|
|
|
|
|
|
|
|
kt swiss & nz tu pon aku rs dah sparuh nyawa tahan..tu baru takat 2 3 mggu..nak migrate forever ever mmg jd happily never after la jd dia |
|
|
|
|
|
|
|
xtaula mcmne nk hidup klu sejuk sgt .. iols yg gemsss ni pun kadang x tahan sejuk |
|
|
|
|
|
|
|
betul jugak tu..bila dah biasa ok je kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul badan akan sesuaikan diri dengan keadaan setempat mungkin 1-2 tu rasa beza tapi lepas2 tu dah macam normal jer. Yang buat tak tahan tu selalunya disebabkab angin bukan salji tu sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Depress aku hidup kat negara yg matahari keluar ala malu malu kucing. Psl tu orang UK ni sgt boring sebab cuaca derang pun serupa mcm orangnya. Selalu gray saja cuaca kat sana. Cuaca memainkan peranan dlm membentuk peribadi orang dr negara tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Byk kali aku nampak mat salleh klu dpt matahari kat Msia, siap bukan baju baring atas jalan. Td nun baru nampak kata area Dataran Merdeka. Dulu selalu nampak kat highway. Klu kat KK tu selalu nmpk derang melepek berjemur seharian kat beach.
|
|
|
|
|
|
|
|
yes yg ni btl..kalau hr2 gloomy pn hbs spoil mood rasa nk tdo all the time
|
|
|
|
|
|
|
|
kat sini kalau gloomy, hari kurang sejuk, walau awan biru cantik,
sejuk ya amat tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh la hidup kat tempat2 macam ni..
spring kat US pun dah tak tahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
xsanggup dek.... umpama duduk dalam peti ais |
|
|
|
|
|
|
|
penah g beijing time musim sejok. dia punya sejok sampai kejang pipi nak senyum pon x bleh |
|
|
|
|
|
|
| |
|