View: 10170|Reply: 59
|
Isteri Sukar Hamil Kerana Dibuat Orang - Jamal Abdillah
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah mendedahkan isterinya, Zai Izzati Khiruddin sukar hamil kerana terkena buatan orang sehingga pernah mengalami beberapa kali keguguran sebelum ini.
Jamal, 60, percaya pelaku tersebut berkemungkinan ingin menghantar ilmu hitam kepadanya tetapi yang menerima tempiasnya adalah isteri sendiri.
“Kalau ditanya tentang keinginan memiliki zuriat, memang saya teringin sangat walaupun cuma seorang. Akan tetapi, isteri sudah banyak kali keguguran selain mengalami tanda merah-merah pada badan.
“Mungkin orang yang menghantar ilmu hitam itu tujukan kepada saya tetapi terkena kepada isteri. Saya sangat kasihan kepadanya sebab sekarang badannya makin kurus. Orang mahu pedajal saya tetapi dia yang kena,” ujarnya ketika ditemui selepas sidang media Konsert 3 Suara di Dewan Berjaya, Kelab Ekuestrian Bukit Kiara, di sini sebentar tadi.
Malah lebih teruk, pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu juga memberitahu isterinya turut mengalami pendarahan tanpa henti sejak beberapa bulan lalu.
Meskipun sudah mendapatkan rawatan bersama doktor pakar dan pengamal perubatan tradisional, namun tiada perubahan positif yang berlaku.
“Macam-macam cara saya sudah lakukan untuk merawat tetapi apabila berjumpa doktor pakar, jawapan diberi adalah disebabkan masalah hormon.
“Sedangkan setiap hari isteri saya mengalami pendarahan dan itu sudah menunjukkan sesuatu yang pelik sedang berlaku. Apabila cuba mendapatkan rawatan tradisional juga tidak berhasil,” ujarnya yang tidak lagi menetap di kediaman lamanya di Shah Alam, Selangor kerana masalah tersebut.
Jamal dan Zai Izzati yang berusia 25 tahun bernikah pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak dan itu merupakan perkahwinan keempatnya.
Sebelum ini Jamal pernah mendirikan rumah tangga bersama tiga bekas isterinya iaitu Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd. Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.
Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, hasil perkahwinannya bersama Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 12, daripada bekas isteri ketiganya, Fatimatuzahrah.
- K! ONLINE
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Loh.. pompuan slalu je trn drh klu ada mslh berkaitan rahim tu smua. Mak aku dulu sllu mauk hospital sbb bleeding. Xsemestinya kena sihir |
|
|
|
|
|
|
|
Atok jamal sila check sperm anda jg.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Get well soon. Takyah lah dengar cerita kena buatan orang jamal oi. Kalau doktor kata diganosis takde apa2 boleh ko percaya masalah bomoh. Tapi udah dia kata masalah hormon pergilah lah check dan get hormone replacement therapy. Merah2? Eczema. Ye. Selalu perempuan kalau hormone tak seimbang akan create stress pada badan lalu keluarlah eczema tu.
Get 2nd opinion jangam stick to one doctor. Work together dengan gynae physcians dan internal medicine doctors. |
|
|
|
|
|
|
|
Sperm dah expired?
|
|
|
|
|
|
|
|
Saudara iols bleeding non stop 3 bulan....puas berubat cr tradisional dan moden...klinik dan hosp gomen dan swasta pun dia gi. Tp xde perubahan. Doc ambik sample darah dan sel rahim tp xde yg negatif. Doc ckp mmg dia sihat. Last solution gi jumpa ustaz, baru dpt tau rupanya ada pompuan indon berkenan kat laki sheols dan indon puaka tu hantar black magic spy sheols berdarah non-stop dgn niat nk pisahkan sheols dan laki beliau (dgn harapan bila mereka tk have sex sbb sheols duk bleeding, laki sheols akn tinggalkan sheols dan cr pompuan lain). Ustaz tu bg klu siapa pelakunya sekian2 (ustaz takkan bgtau nama). Dr situ baru dpt tau rupanya pompuan Indon puaka tersebut yg buat. Lepas ustaz ubatkan sheols, bg minum air penawar, dan dtg 'pagar' rumah sheols....alhamdulillah bleeding tu stop. |
|
|
|
|
|
|
|
Geli tekak sikit2 org buat. Umur tu dah senja kan..sperm tak brp kualiti...lg dlu kesan mendadih bukan calang2nye dadih...
|
|
|
|
|
|
|
|
macam ayah dan anak. gap umur 35 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
dah 60 tu tak yah la fikir nak beranak kecik lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
syadq replied at 22-1-2019 10:34 PM
Sperm dah expired?
Hahaha kejamnya chuols
Iols tak smpai hati nk tnya cmtu
Just nk tnya dh tembus habis ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bini muda lagi mesti naif je taktau pape semua rujuk ngn tok laki yg kertu serupa bapak sendiri juga tak paham juga pasal hal pompuan ni.
Sedangkan yg umur 29 tahun pun ade yg tak reti2 lagi sampai wassap org tanya cemana nak kira waktu subur la, berapa kali main baru ngandung dan mcm2 lg.
Lain kali bila dah tau nak kawen bawak2 lah study pasal nih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by esteryen at 23-1-2019 12:04 AM
munchkin replied at 22-1-2019 10:32 PM
Kesian. Get well soon. Takyah lah dengar cerita kena buatan orang jamal oi. Kalau doktor kata digano ...
ntah2 sperma dia yg dah problem since umur pun dah tua pastu kesan pengambilan dadah n merokok bertahun lamanya tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
esteryen replied at 23-1-2019 12:02 AM
ntah2 sperma dia yg dah problem since umur pun dah tua pastu kesan pengambilan dadah n merokok b ...
Boleh jadi juga. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin kah berudu dah tak mampu pecut. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 60 nak tambah anak, umur 80 anak baru 20 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik wife dia...
Tapi sayang jodohnya dengan babah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|