CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2552|Reply: 12

Melayu Di Singapura Tidak Fasih Berbahasa Melayu. Di Malaysia Pula Bagaimana?

[Copy link]
Post time 22-1-2019 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Jika anda masih ingat pada bulan Jun 2018, satu production dari Singapura, Tropic Monster TV ada menemubual rakyat Singapura yang berbangsa Melayu.







Dalam video itu, pengacara itu bertanyakan soalan dalam Bahasa Melayu dan rata-rata Singaporean berbangsa Melayu yang ditemu-ramah tidak fasih berbahasa Melayu dan lebih teruk lagi, ada yang langsung  tidak faham Bahasa Melayu.






Video itu mendapat perhatian ramai, terutamanya dari orang Melayu Malaysia. Rata-rata mengatakan budaya Melayu sudah hilang dimakan zaman di Singapura dan perlahan-lahan identiti bangsa Melayu bakal hilang.








Sebenarnya, Tropic Monster TV ada juga bertanyakan soalan dalam bahasa Mandarin kepada Chinese Singaporean dan sebahagian dari mereka turut tidak faham dan fasih berbahasa Mandarin. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Adakah penggunaan bahasa Inggeris yang meluas di Singapura menghapuskan bahasa ibunda mereka seperti Bahasa Melayu dan Mandarin.




Jika kita lihat di Malaysia, penggunaan bahasa Melayu juga semakin berkurangan dan mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris akan dipandang sebagai seorang yang bijak. Adakah mereka yang hanya fasih berbahasa Melayu itu bodoh?

Negara seperti Indonesia, Korea Selatan dan Jepun amat bangga akan bahasa mereka. Jika anda lihat di Indonesia, bangsa Cina bertutur dalam bahasa Indonesia dalam kegunaan harian mereka, bukannya bahasa ibunda mereka.


Pada 2017, bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim pernah berkata bahawa bahasa Melayu akan menjadi bahasa lemah hanya dalam tempoh 20 tahun akan datang jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk memperkukuhkan kedudukannya.







Sebagai rakyat Malaysia, identiti negara dan bangsa haruslah dijaga supaya tak hilang dimamah zaman. Berbanggalah bertutur dalam bahasa Melayu di samping menguasai bahasa lain supaya dapat bersaing.


Jadi, bagaimanakah cara untuk Malaysia mengekalkan identiti negara itu sendiri? Berikan komen dan pendapat anda di bawah! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sadisnya... Even lagu2 sekarang pun xmcm dulu.. For example, belaian jiwa, raikan cinta.. Sma lagu niu sgt cntik dr susunan bahasanya.. Cindai lagilah i suka...suka sb liriknya hokeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss ada 2 org kawan dari sg ni.. Okay je ckp bahasa dgn iolss. Tp ada sesetengah perkataan tu dorg tak faham. Tp mostly okay je bahasa dgn iolss. Tak sombong & baik. Alhamdulillah dpt kenal dgn dorg
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 22-1-2019 12:56 PM
Iolss ada 2 org kawan dari sg ni.. Okay je ckp bahasa dgn iolss. Tp ada sesetengah perkataan tu dorg ...

pasal dorang blajar semua dlm bahasa english, jd ada perkataan tu memang tak perna pakai. Tapi perbualan day to day basis, dorang memang faham. Cume yg younger generation lagi selesa ckp in english pasal dari kecik ngan parents dan datuk nenek semua speaking..
tapi kwn aku yg cina johor keje kat spore ckp, cara org melayu spore dan msia berbual memang lain..lain mcm mane, tu aku pun tak sure.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa deols bukan x faham habasa melayu.. tp deols x tau nk jawab soalan tu.. more to bimbooss.. lg2 soalan iklim tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:21 PM | Show all posts
Rasanya melayu Malaysia masih boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan baik walaupun mereka juga ada yang bagus dalam berbahasa inggeris.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 03:32 PM | Show all posts
kalau org msia bahasa melayu nya agak meleweh....

panggilan saya pun di sebut aq. mcm gagak...

cantik pun sengau nak sebut...syanteque....apa kehal pelat lidah pun tak tau....

nak kata bahaasa melayu bangla tak jugak...mcm bahasa lalok
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 03:33 PM | Show all posts
suka dengar bahasa melayu sabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 03:53 PM | Show all posts
tak urban la cakap melayu..
nanti orang kata mesti duduk ppr..
bila speaking baru nampak duduk mont kiara damansara hartamas..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 06:49 PM | Show all posts
Lelaki singapura adalah amah on wheels. Tak kira apa bangsa. Cuci jamban di kediaman ekspat dari malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke.. Sedara mara aku fasih je.. Ok je
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke? Aku tengok elok je deme cakap. Siap bahasa baku lagi. Cina dan india pon tahu berbahasa melayu kalau nak dibandingkan dengan cina india malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 05:28 PM | Show all posts
Thank you very much for these great cake recipes, I have learned a lot from your web blog
<a href="http://slitherio-o.com">slither io</a>
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.122931 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list