Tindak-tanduk penyanyi R&B, R.Kelly, 52, kembali menjadi persoalan hangat dengan penayangan siri dokumentari 5 episod ‘Surviving R.Kelly’ di rangkaian Lifetime minggu ini yang menampilkan temubual dengan beberapa orang bekas rakan, teman wanita, isteri dan mangsa-mangsa seksnya.
Kredit foto: Capital XTRA
Antara isu yang dibincangkan dalam filem itu adalah hubungan dan perkahwinan tidak sahnya dengan mendiang penyanyi Aaliyah, yang kemudiannya mati dalam sebuah tragedi kapal terhempas pada tahun 2011.
Dalam episod pertama siri itu, bekas penyanyi latar Jovante Cunningham mendakwa dia pernah ternampak R.Kelly mengadakan hubungan seks dengan Aaliyah yang masih kanak-kanak pada ketika itu.
Kredit foto: complex
Sambil menangis, Cunningham berkata kejadian berlaku dalam katil tour bus yang hanya dipisahkan langsir. ‘Kami sedang berbual dan bergurau kemudian langsir salah satu katil terselak dan nampak R.Kelly sedang menindih Aaliyah,’ katanya.
Kredit foto: YouTube
Anehnya, ibu Aaliyah, Diane Haughton, menafikan perkara itu dan mengatakan dia ada di mana sahaja Aaliyah mengadakan persembahan kerana penyanyi itu masih di bawah umur.
‘Saya tidak kenal Jovante Cunningham, dan saya tidak pernah nampak beliau dalam tour bus.’ katanya lagi.
Kredit foto: The Source
Aaliyah mula berguru dengan R.Kelly pada tahun 1992 ketika berumur 12 tahun apabila diperkenalkan oleh bapa saudaranya Barry Hankerson, yang juga pengurus R.Kelly pada masa itu. Mereka kemudiannya bekerja bersama untuk album pertama Aaliyah pada tahun 1994 menampilkan lagu kontroversi Age Ain't Nothing But A Number.
Walaupun sering berduaan sehingga ditegur oleh pengurusan Jive Records kerana perbezaan umur 15 dan 27, Aaliyah dan R.Kelly menafikan mereka berdua adalah pasangan kekasih. Bagaimanapun, tidak lama kemudian mereka diberitakan berkahwin pada 31 Ogos 1994 di sebuah hotel di Illinois. Sijil perkahwinan yang didakwa palsu merekodkan umur Aaliyah 18 tahun.
Kredit foto: Carian Google
Pengurus tour R.Kelly ketika itu Demetrius Smith mengakui membantu R.Kelly memalsukan dokumen. ‘Aaliyah kelihatan takut semasa upacara perkahwinan, semuanya serba ringkas tanpa pakaian pengantin hanya seorang Father,’ kata Smith. ‘Saya rasa sangat bersalah tetapi R.Kelly mengatakan mungkin Aaliyah mengandung jadi upacara mesti diteruskan,’ kata Smith lagi.
Kredit foto: E!News
Peguam R.Kelly telah menfailkan saman kepada saluran TV, Lifetime untuk menarik balik penayangannya tetapi mereka tetap meneruskan. Ramai selebriti seperti John Legend tampil menyokong Lifetime.
Semoga R.Kelly dibawa ke muka pengadilan dan kerjaya nyanyiannya ditamatkan dalam era #meetoo. -CARI |