Edited by dauswq at 8-1-2019 10:10 PM
>>> kmania.info
Yeo Jin Goo & Lee Se Young setuju bintangi drama adaptasi ‘Masquerade’ , tvN The Man Who Becomes King
Produksi drama ini telah mendapatkan hakcipta untuk mengadaptasikan filem box office Masquerade, yakni merupakan antara filem terbaik lakonan Lee Byung Hyun sehingga meraih kemenangan bersejarah apabila hampir menyapu bersih hampir kesemua anugerah ditawarkan di Grandbell Film Awards pada tahun 2012 selain mengutip jualan tiket sebanyak 12 juta. Masquerade juga merekodkan sejarah sebagai filem paling ketiga terlaku di Korea Selatan sewaktu ia ditayangkan pada tahun 2012.
Yeo Jin Goo memegang dua watak utama sebagai “King Gwanghee” tiruan bernama Hae Sun dan juga Lee Sun, pemegang takhta sebenar. Lee Sun yang kehilangan ibubapa sejak kecil telah dikasihi oleh seorang gadis bernama Se Bin, orang mengubati ketakutannya sewaktu baginda cuba diusir keluar oleh musuh politiknya dengan berbagai cara. Di luar pemerhatian rakyat marahen, Lee Sun dikenali atas kekejamannya dan tak menghiraukan masalah rakyat. Atas sebab ini, baginda seringkali menjadi sasaran pembunuhan hendap dan terancang dilakukan oleh musuh-musuh politiknya, akhirnya membuatkannya serik dan bertindak mencari seseorang yang boleh menggantikan dirinya sementara memegang takhta tersebut.
Kebetulan Hae Sun memiliki paras rupa yang seiras dengannya, lalu meminta Hae Sun untuk menyamar dirinya sementara Lee Sun cuba mencari perlindungan. Hae Sun merupakan seorang gelandangan yang kebuluran setelah terpisah daripada adiknya sendiri tetapi sejak Hae Sun menyamar sebagai raja, Hae Sun menjadi seorang yang sangat berani dan tegas. Hal ini menyebabkan Hae Sun berjaya memerintah lebih baik daripada Lee Sun sehingga membawa keraguan pada tampuk konflik politik istana dan hubungannya dengan pemaisuri istana. Lee Se Young dikatakan akan melakonkan watak pemaisuri istana bernama Se Bin, yang meragui identiti sebenar raja Gwanghee.
Versi drama dijangka akan memfokuskan kepada ketegasan penyamar “King Gwanghee” melakukan perubahan ke atas tampuk pemerintahan istana dengan menghapuskan hierarki yang memisahkan pemerintah dengan rakyat kelas bawahan di bawah kod dinamakan sebagai “Perlembagaan Kangsang”. Mampukah Yeo Jin Goo menampilkan lakonan bersahaja tapi berkarisma yang ditonjolkan oleh Lee Byung Hyun sehingga menyebabkan beliau meraih Best Actor Grandbell Film Awards?
https://kmania.info/2018/08/29/yeo-jin-goo-lee-se-young-setuju-bintangi-drama-adaptasi-masquerade-tvn-the-man-who-becomes-king/
>>> kmania.info
|