Pasangan kekasih yang selama ini memadu asmara secara rahsia, pelakon Katie Holmes dan Jamie Foxx dilihat bercuti di sebuah kapal peribadi di perairan Miami.
Mereka berdua dikhabarkan sedang bersedia untuk menyambut tahun baru bersama-sama. Lebih panas lagi, sumber-sumber dekat dengan mereka mengatakan pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun 2019.
Kredit foto: E!News
Walau ramai yang tahu mereka sudah lama bercinta, namun mereka berdua lebih selesa untuk merahsiakannya tanpa dilihat berdua-duaan di tempat umum. Selama lima tahun bersama, mereka jarang menghadiri sebarang majlis glamour Hollywood sebagai pasangan.
Kredit foto: E!Online
Menurut sumber, Katie Holmes mempunyai syarat yang ketat ketika menandatangani surat perceraiannya dengan pelakon Tom Cruise pada tahun 2012. Dikatakan bahawa selama sesuatu tempoh tertentu, Katie tidak boleh dilihat berdua-duaan mesra dengan lelaki lain, untuk layak menerima sejumlah pampasan perceraian mereka.
Kredit foto: Carian Google
Nampaknya, tempoh bersyarat itu sudah tamat April lalu kerana mereka mula dilihat berduaan di tempat awam. Terakhir mereka dirakam mesra di sebuah pantai di Malibu. Kini Foxx, 50 dan Holmes, 39, menghabiskan banyak masa cuti Krismas dengan pelayaran di tepi pantai Miami.
Kredit foto: The Times
Beberapa teman rapat tertanya-tanya, apa agaknya perasaan Tom Cruise melihat gambar-gambar mereka berdua di majalah tabloid? Umum mengetahui, Jamie Foxx suatu ketika dahulunya adalah teman baik kepada Tom Cruise dan kini bakal menjadi bapa tiri kepada anaknya, Suri Cruise.
Kredit foto: Henrikk Larson
Bagi Katie pula, dia kelihatan semakin gembira dan sering tersenyum berbanding di awal perceraiannya dengan Tom Cruise. Dia tidak segan silu memakai pakaian bikini yang seksi di atas kapal walaupun sedar dia menjadi tumpuan ramai.
Apa-apapun, semoga berbahagia diucapkan kepada pasangan ini. -CARI |