Edited by blastoff at 22-12-2018 04:54 PM
Mahacai dan pencacai PH yg dok jaja teori tok sami ni ke hulu ke hilir kat forum ni meh la minta maaf beramai2 sama ok
]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]
Badan bertindak kuil mohon maaf kerana teori Adib dilanggar
Diterbitkan 22 Dis 2018, 3:30 petang | Dikemaskini 22 Dis 2018, 4:23 petang
Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, Seafields USJ25 meminta maaf kerana sebelum ini mengatakan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dilanggar trak bomba dalam rusuhan yang berlaku di luar kawasan kuil itu bulan lepas.
Menurut pihak berkuasa, anggota bomba itu diheret keluar daripada kenderaannya dan dipukul oleh para perusuh di lokasi kejadian.
'Niat saya semasa sidang akhbar pada 28 Nov itu adalah semata-mata untuk meminta polis menyiasat kemungkinan Adib dilanggar trak bomba.
"Saya tidak pernah mempunyai niat sedikitpun untuk menyakiti perasaan keluarga Adib, kawan atau sesiapa sahaja dengan meminta polis menyiasat rakaman video trak itu.
"Sekiranya saya telah menyakiti perasaan mereka, saya tidak kesal untuk meminta maaf kepada keluarga yang mengalami kedukaan kerana kehilangan seorang anak yang berkhidmat dengan dedikasi," kata Pengerusinya, SW Ramaji. Ramaji membuat kenyataan itu selepas timbul desakan agar Menteri Perpaduan P Waythamoorthy meletakkan jawatan dan pihak kuil memohon maaf atas kenyataan mereka sebelum ini. 'Adib lelaki yang baik'
Sami itu juga mengucapkan terima kasih kepada Adib atas khidmatnya kepada rakyat Malaysia, dengan menggelarnya sebagai seorang "lelaki yang baik".
"Kejadian yang berlaku di kuil pada waktu subuh pada 26 Disember, dan apa yang berlaku di jalan di luar kuil pada awal hari berikutnya adalah detik hitam untuk negara kita.
"Insiden itu tidak sepatutnya berlaku. Tidak ada sesiapa yang boleh dan sepatutnya membenarkan detik-detik yang memalukan itu.
"Saya ikhlas menyesali apa yang berlaku kepada Adib yang menyebabkan kesedihan buat keluarganya, dan berdoa agar keadilan ditegakkan," katanya.
Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib mengalami cedera parah dipercayai selepas dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Allahyarham ketika itu, menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil berkenaan.
Selepas bertarung nyawa hampir tiga minggu, Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu
|