View: 2982|Reply: 29
|
[Tempatan]
Kerjasama PROTON-Geely mampu hasilkan kereta Malaysia sejati - PM
[Copy link]
|
|
Edited by harizs at 12-12-2018 11:53 PM
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali b melancarkan Proton X70 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, sebentar tadi. - Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR
X70 trhasil pn atas inisiatif najib benarkan DRB Hicom krjasama dgn geely. Klau harap fosil hidup ni, tiap2 thn dia kikis petronas billiun2 bg kt proton, keluar kereta mcm tin sardin. Lps tu nk claim die yg pulihkn proton, puiithh la.
Terima kasih kat ds najib sebab selamatkan proton dengan idea blue ocean strategy beliau...kalau tak proton bergelut dengan masalah dan terpaksa guna duit rakyat bailout proton mcm selalu....
................
Kerjasama PROTON-Geely mampu hasilkan 'kereta Malaysia sejati' - PM
Oleh Ahmad Suhael Adnan
[email protected]
Kongsi artikel
Share
Tweet
Share
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerjasama antara Proton Holdings Bhd (PROTON) dan Zheijang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) bakal menghasilkan sebuah ‘kereta Malaysia sejati’ pada masa depan.
Perdana Menteri berkata, proses melahirkan kereta Malaysia sebenar itu boleh bermula dengan lebih banyak kenderaan pada masa depan direka bentuk dan diuji di negara ini.
Beliau berkata, sejak menjalin kerjasama dengan Geely, kemajuan PROTON jelas terserlah dan kenderaan pertama hasil daripada kerjasama itu, Proton X70 adalah antara buktinya.
“Saya amat berbangga melihat perkembangan PROTON yang sangat hebat dalam tempoh lebih 35 tahun dan saya pasti pada masa depan, lebih banyak reka bentuk dan model kereta yang akan membuatkan Malaysia rasa bangga.
“Mungkin selepas ini, reka bentuk kereta boleh dibuat di Malaysia, diikuti dengan ujian dan sebagainya, sebelum kita berjaya memiliki 100 peratus kereta buatan Malaysia yang dihasilkan di negara ini, dengan kerjasama Geely,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama PROTON, X70, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking; Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong.
Dr Mahathir turut menzahirkan keyakinan Proton X70 akan mendapat penerimaan positif oleh rakyat Malaysia, selain teruja dengan kemampuan kereta itu ‘berkomunikasi’ dengan pemandunya.
“Anda boleh gunakan Bahasa Inggeris asas untuk beri arahan pada kereta ini dan ia akan lakukan apa yang anda suruh. Saya harap kereta ini juga boleh menerima arahan dalam Bahasa Melayu asas.
“Rakyat Malaysia pasti akan dapat membiasakan diri dengan kereta yang bercakap ini,” katanya.
Dr Mahathir turut membayangkan perkembangan teknologi akan menjadi aspek utama dalam penghasilan kenderaan pada masa depan.
“Pada masa depan, mungkin kita boleh memandu tanpa menyentuh kereta itu. Hanya perlu kata pandu, dan kereta akan bergerak,” katanya.
https://www.bharian.com.my/bisne ... l8_j-VNW107ZLfjtSVE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Proton X70 masuk pasaran, bermula RM99,800
Oleh Mohd Zaky Zainuddin
[email protected]
Share
Tweet
Share
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, Proton X70 yang ditawarkan pada harga bermula RM99,800.
Model yang dinanti-nantikan oleh pasaran automotif tempatan selepas mula diperkatakan sejak tahun lalu itu ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard 2WD yang dijual pada harga RM99,800; manakala Executive 2WD pula adalah RM109,800; Executive AWD dan Premium 2WD pula masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM115,800 dan RM123,800 seunit.
Proton X70 adalah model pertama yang dihasilkan secara bersama oleh PROTON dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) serta menjadi SUV premium pertama dikeluarkan oleh jenama automotif Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata menerusi pelancaran Proton X70, ia akan membawa PROTON ke segmen pasaran baharu dan bertindak sebagai pemangkin untuk memberi nafas baharu kepada jenama.
“Untuk menghasilkan Proton X70, PROTON dan Geely perlu bekerjasama dalam pelbagai peringkat termasuk daripada penyelarasan kerja antara kakitangan di China dan Malaysia hinggalah kerjasama antara pembekal tempatan dan antarabangsa,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Proton X70 di sini, hari ini.
Proton X70 dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas lanjut, Chunrong berkata, bagi meningkatkan pengalaman pemilikan Proton X70, pakej nilai tambahan istimewa dikenali, Xtra yang merangkumi empat tawaran turut diperkenalkan.
“Tawaran pertama, Pakej Servis Xtra menawarkan alat ganti dan kos pekerja secara percuma untuk servis yang pertama serta kos pekerja percuma untuk lima kali servis berjadual bagi 100,000 kilometer atau lima tahun.
“Kedua, Pakej Pembiayaan Rendah Xtra, yang menawarkan kadar faedah rendah bermula dari 2.34 peratus setahun untuk pembeli yang berkelayakan.
“Ketiga, Pakej Perlindungan Waranti Xtra yang akan melindungi Proton X70 selama lima tahun tanpa mengira jarak perbatuan sekali gus menjadikan PROTON menjadi jenama automotif kebangsaan pertama menawarkan jaminan perbatuan tanpa had.
“Akhir sekali, untuk memastikan pemilik menikmati pengalaman sambungan premium, Pakej Data Xtra menawarkan data internet percuma selama lima tahun (dihadkan pada 1GB sebulan),” katanya.
“Pakej Xtra yang diberi akan meningkatkan pengalaman para pemilik dengan menawarkan kemudahan, penjimatan untuk servis, pembiayaan serta data percuma,” tambah Dr Li Chunrong.
Sementara itu, dari segi spesifikasi, Proton X70 dikuasakan dengan enjin 1.8 liter pengecas turbo TGDI dengan enam kelajuan automatik, yang mampu menghambur kuasa 184 PS pada 5,500rpm dan tork 285Nm dari 1,700 - 4,400rpm.
Melengkapkan ciri premium, Proton X70 tampil dengan Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI) iaitu sistem penghubung pintar yang didatangkan dengan kad eSIM serta dimuatkan dengan lima aplikasi yang menawarkan perkhidmatan seperti radio dan muzik dalam talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara.
Ia diakses melalui skrin sentuh antara muka berasaskan Android bersaiz lapan inci yang dilengkapi ruang memori dalaman 32gb.
Malah, sistem itu juga mempunyai sambungan Wi-Fi, sekali gus membolehkan jentera itu dijadikan sebagai hotspot mudah alih.
Semua varian menerima ciri keselamatan termaju iaitu enam beg udara SRS, ISOFIX, , Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan daya brek elektronik (EBD), Bantuan Membrek (BA), Kawalan Brek Automatik, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Kawalan Cerun (HHA), Kawalan Menurun Curam (HDC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).
Proton X70 turut menerima pengiktirafan lima bintang ujian Program Penilaian Keselamatan Kereta baharu di Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
Info:
Proton X70
* Standard 2WD (bermula RM99,800)
* Executive 2WD (bermula RM109,800)
* Executive AWD (bermula RM115,800)
* Premium 2WD (bermula RM123,800)
* Enjin 1.8 liter pengecas turbo TGDI
* 184 PS @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,700 - 4,400rpm
* Dilengkapi GKUI
* 6 beg udara SRS, ABS, EBD, BA, ESC, TCS, HHA, HDC & ESS
* 6 port USB |
|
|
|
|
|
|
|
Not bad. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Dato sri Najib... Selama ini kamu difitnah oleh puak2 yg bcakap mcm munafik tu ... kebenaran datang tutup segala penipuan dan fitnah jahat terhadap kamu.. Jasa mu tak dpt kami balas.. kamu wira kami.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by harizs at 13-12-2018 12:00 AM
aku dah try. X70 ni power. Boleh buat U turn di mana2, pd bila2 masa, ikut suka blh U turn..
|
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 12-12-2018 11:58 PM
aku dah try. X70 ni power. Boleh buat U turn di mana2, pd bila2 masa, ikut suka blh U turn..
kereta lain tak boleh buat uturn ke macamana |
|
|
|
|
|
|
|
smart jettak la kereta ni
rasa nk rembat satu |
|
|
|
|
|
|
|
onexox97 replied at 13-12-2018 12:10 AM
kereta lain tak boleh buat uturn ke macamana
Haha. Ini persoalan penting ni. |
|
|
|
|
|
|
|
“Anda boleh gunakan Bahasa Inggeris asas untuk beri arahan pada kereta ini dan ia akan lakukan apa yang anda suruh. Saya harap kereta ini juga boleh menerima arahan dalam Bahasa Melayu asas.
“Rakyat Malaysia pasti akan dapat membiasakan diri dengan kereta yang bercakap ini,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir turut menzahirkan keyakinan Proton X70 akan mendapat penerimaan positif oleh rakyat Malaysia, selain teruja dengan kemampuan kereta itu ‘berkomunikasi’ dengan pemandunya. |
|
|
|
|
|
|
|
Enjin turbocaj? Senang dijaga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
onexox97 replied at 13-12-2018 12:10 AM
smart jettak la kereta ni
rasa nk rembat satu
Beli la satu... hihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 13-12-2018 12:15 AM
Beli la satu... hihi..
yelah satu dah memadai
tapi kete satu pun xhabis bayar lagi cemana |
|
|
|
|
|
|
|
onexox97 replied at 13-12-2018 12:19 AM
yelah satu dah memadai
tapi kete satu pun xhabis bayar lagi cemana
Tunggu sis xox naik gred 54? |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 13-12-2018 12:29 AM
Tunggu sis xox naik gred 54?
erk jauh lagi sangat tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kereta milik company cina tuuuu
tak malu ke nak claim??
Apa lagi nak dijual, soal Dr Mahathir selepas Geely ambil Proton“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” soal pengerusi PPBM itu selepas program ceramah di Kampung Baru, malam tadi. “Kita sudah jual Proton kepada orang asing. Ini kereta nasional, dijual kepada orang asing dan tidak lagi ia menjadi kereta nasional, ia kini kereta asing.
|
|
|
|
|
|
|
|
maslzee pendek pun boleh uturn takkan kereta tak boleh uturn?
|
|
|
|
|
|
|
|
kaka doakan sis dapat jusa 3 atleast..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|