CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41779|Reply: 449

Aidil sedia temui anak-anak

[Copy link]
Post time 5-12-2018 02:37 PM | Show all posts |Read mode
PEMAIN pertahanan skuad Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Radzak bersedia menemui dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, pada bila-bila masa.

"Insya Allah, saya akan jumpa dia," katanya menjawab ringkas pertanyaan peminat di Instagram Live isterinya, Zarema Zainal, hari ini.

Dalam sesi bicara secara langsung itu, peminat bertanya bilakah Aidil akan bertemu anaknya.

Sementara itu, Rita Rudaini ketika dihubungi bersyukur dan menyambut baik hasrat bekas suaminya untuk bertemu anak mereka.
ADVERTISING

"Alhamdulillah jika benar dia mahu bertemu anak-anak. Selama ini saya tunggu saja dia datang berjumpa Rayyan dan Arjuna. Sebagai ibu, saya tak pernah ada niat nak halang dia.

"Sebulan sebelum dia berkahwin, dia ada berjumpa anak-anak. Ketika itu saya pesan, jangan putuskan hubungan dengan anak-anak walaupun sudah ada keluarga baru.

"Kalau pun tak boleh berjumpa, telefonlah setiap hari agar anak sentiasa ingat bapa mereka. Tiga bulan pertama selepas berkahwin, dia ada hubungi anak-anak. Ketika itu saya sangat gembira. Namun, selepas itu dia terus diam hingga sekarang," katanya.

Menurut Rita, selepas sekian lama Aidil menyepi dia ada menerima beberapa kali panggilan dan mesej daripada nombor tidak dikenali namun apabila ditanya pemanggil itu tidak memberi maklum balas.

"Saya jenis tak jawab panggilan yang tidak dikenali. Apabila nombor sama mesej mahu bertemu anak, saya balas dan tanya siapa. Namun, orang itu terus membisu seribu bahasa.

"Apabila saya cuba menghubungi semula, nombor itu tak ada dalam perkhidmatan. Beberapa kali perkara ini berulang, hingga saya malas nak layan lagi," katanya.

Dalam masa sama, Rita berharap Aidil dan keluarga memikirkan perasaan Rayyan dan Arjuna yang merindui belaian dan kasih sayang seorang bapa.

"Saya tahu anak-anak nak sangat bertemu Daddy mereka. Selalu mereka bertanya bila boleh jumpa sampai saya tak tahu nak jawab macam mana. Sekali dua boleh pujuk, kalau dah banyak kali saya tunjuk wajah ayah mereka di kaca TV.

"Walaupun hanya menonton di TV, sedikit sebanyak dapatlah ubat rindu anak-anak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Disember 2018 @ 7:22 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2018 02:39 PM | Show all posts
boleh jumpa,tapi usah layan si rita mulot puaka
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tak berkenan nama anak2 dia...airit airit...macam garit tercirit
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 03:02 PM | Show all posts
hmm bila jadi cmni kesian kat anak2.. mak pak kena buang ego la.. berdamai bukan sbb ada perasaan tp for the sake of their kids..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 03:06 PM | Show all posts
Mak pak bercerai anak2 jadi mangsa...kesian tgk kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 03:06 PM | Show all posts
bagus untuk anak2.. cube la mane tahu kot2 bleh jadi bini no 2... xrugi ape pun.. dari ko menyendiri dan meraban...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2018 03:08 PM | Show all posts
Buat ler live perjumpaan ni kat IG ke TV ke, naik mencanak rating TV, silap dpt royalty million lagi fuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 03:11 PM | Show all posts
tu la hrp jadi kenyataan
kesian kat anak2 depa ni
rindukan belaian daddy
smpikn sruh ritrude mencarik laki baru men bola la jugek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2018 03:20 PM | Show all posts
alah royani, anak yg gembira ke maknye yg gembira nk jumpa edel??

bawak2 la buang ego awak tu, awak pun bukan muda lagi..pe salahnya buang ego awak tu demi usaha bertaut kembali ngan edel?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 03:25 PM | Show all posts
nama anak..gabungan nama makpak....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 03:30 PM | Show all posts
yabg tulis berita ni pon bespren garit kan.. sah sah misi berjaya si garit tuk meletopkan nama guna isu anak.. patut la dekat komen ig garit si pen haha pengarah ponen tanya reporter ponen suruh write something.. ini la rioanya kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 03:30 PM | Show all posts
Smoga anak2 rita dapat jumpa daddy mereka semula...kesian anak2 yg selalu menjadi mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 03:43 PM | Show all posts
aku memang tak suka cara si rita ni asek meroyan kat setiap gambar.. tapi automatik jadi sebak tengok anak2 dia yang tak pernah dapat kasih sayang sorang ayah.. harap edil pegi jumpa la anak2 dia.. dah ade kluarga baru pon jangan la lupa benih ko yang ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
putehkundor replied at 5-12-2018 02:54 PM
tak berkenan nama anak2 dia...airit airit...macam garit tercirit

Gabungan nama aidil dan rita kan maka jadilah airit. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 04:10 PM | Show all posts
Sokong sgt..
Budak2 tu berhak dpt kasih syg dr edel..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 04:12 PM | Show all posts
sedih bila masuk bab anak.....harap buang lah segala ego mereka tu...dengan bini aidil jgnlah nak kawal sangat kot.....budak pun dah besor...pulak suka bola..alangkah bagus kalau ayah tukang ngajo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lah banyak syarat...sebelum ini mesti Rita ada bersama. Bukan suami isteri lagi. Tak elok, boleh menimbulkan fitnah lagi.Masa serahkan ok ..kemudian aidil boleh le bawa anak anak ke mana mana.
Arrangement macam ni rasanya akan menyebabkan Aidil lebih lega. Kalau Rita ada mungkin rasa tak senang hati nak bermesra dgn anak pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
MANLINGKONG1984 replied at 5-12-2018 04:12 PM
sedih bila masuk bab anak.....harap buang lah segala ego mereka tu...dengan bini aidil jgnlah nak ka ...

Zz tak kontrol pun laki kot. Juz klu aku jd zz pun aku tak lepaskn laki aku jumpe janda sangap mengelenyar sendiri kot. Kompem aku nak join jugak.. Tak pun.. Asalkan garit takde. Tu pun ok dah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
MrsKobis replied at 5-12-2018 04:30 PM
Zz tak kontrol pun laki kot. Juz klu aku jd zz pun aku tak lepaskn laki aku jumpe janda sangap men ...

Kadang kadang perlu ada kepercayaan ... kalau dah sayang bini mana maunya nakkan x kembali ... confident sikit hokay ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 04:40 PM | Show all posts
RR kena move on, anak dah besar dah boleh fikir kot. ko tak perlu ikut la kot kalau anak2 jumpa bapak diorang. bapaknya dah ada family sendiri, tak manis. untung zz tak kisah aidil syg anak ko. jangan duk buat cerita mcm2 lagi dah la nak raih simpati netizen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.215224 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list