View: 8254|Reply: 90
|
[Tempatan]
[GANU] Mati kena hempuk ketika curi pisang. Ummah forum bergaduh jua.
[Copy link]
|
|
Edited by famri7 at 4-12-2018 02:03 PM
Kematian berpunca akibat berang pisang dicuri
04 Disember 2018 3:39 PM
KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Pemilik kebun pisang merupakan antara tiga yang ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki di Kampung Tebakang, Bukit Payong di Marang petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner (ACP) Fazlisyam Abdul Majid berkata, turut ditahan dalam tangkapan antara pukul 5 petang hingga 11 malam di sekitar Bukit Payong adalah anak saudara kepada pekebun itu yang berusia 15 tahun dan rakan mangsa, 37, dengan kesemuanya disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
Katanya, akibat berang melihat pisang miliknya dicuri dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan mangsa berusia 42 tahun yang merupakan penganggur.
“Suspek utama mengesyaki mangsa telah mencuri pisang di kebunnya dan perasaan marah membuatkan dia mengambil tindakan melulu hingga menyebabkan kematian.
“Saya minta masyarakat setempat supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap apa-apa isu kerana kita ada undang-undang dan agensi penguatkuasa, laporkan kepada pihak polis dan kita janji tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam, mangsa ditemukan mati dalam keadaan tertiarap di bahagian belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang.
Menurut Fazlisyam, suspek utama mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk mencederakan, menceroboh dan kes berkaitan dadah.
Katanya, ketiga-tiga suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -
------------------------------------------------------Kes mati disebabkan curi pisang bermotifkan geram POLIS percaya pembunuhan lelaki yang dipercayai mencuri pisang di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, semalam, adalah bermotifkan geram.
Justeru, polis menahan tiga lelaki termasuk pemilik kebun pisang yang disyaki menjadi suspek utama kes berkenaan.
Selain lelaki berusia 38 tahun terbabit, anak saudara suspek berusia 14 tahun turut ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, tiga lelaki berkenaan ditahan di sekitar Marang.
Beliau berkata, Mahkamah Majistret Marang membenarkan reman dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek berusia 14 hingga 38 tahun terbabit bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Siasatan awal mendapati, suspek mengesyaki mangsa berusia 42 tahun itu dan seorang rakan mencuri hasil pisang dari kebunnya di Alor Limbat, Marang.
"Suspek kemudian mengekori kedua-dua lelaki berkenaan sebelum bersama anak saudaranya mendatangi mangsa.
"Mangsa kemudiannya ditemui mati dalam keadaan meniarap dipercayai dipukul menggunakan objek keras di belakang kepala berdasarkan kecederaan yang dialaminya.
"Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya hanya akan diperoleh sebaik bedah siasat dijalankan terhadap lelaki berkenaan oleh Pakar Patologi, esok," katanya pada sidang media, di Kuala Terengganu, hari ini.
Berita berkaitan
• Ajal di belakang rumah [METROTV]
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Disember 2018 @ 2:48 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sampai terkencing kena pukul
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya kau smpai mampos sebab curi pisang jah? Cash! |
|
|
|
|
|
|
|
sedap kot pisang orang lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.. kesiannye... nape smpai bunuh psl pisang jek pun... |
|
|
|
|
|
|
|
OMG pisang je! Ko campak2 je benih pon tumbuh melata pisang tu, dah kenapa nak curik! |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 3-12-2018 10:28 PM
OMG pisang je! Ko campak2 je benih pon tumbuh melata pisang tu, dah kenapa nak curik!
Pencuri u .mana ada rajin..yg dia tau pisang dh berbuah tu dia punya...biarpun org lain yg tanam.....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Knp le sanggup nk bunuh org pasal pisang....anggap je lah sedekah....bersihkn duit kau selama ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pisang bukan ke membiak dgn anak pokok
De benih eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Update: Polis mengesahkan suspek berusia 36 tahun (pemilik kebun pisang) memukul suspek sehingga mati. Suspek kini ditahan di Balai Polis Marang bagi siasatan lanjut #curipisang |
|
|
|
|
|
|
|
Adalah membawang sikit tadi. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 3-12-2018 11:53 PM
Pisang bukan ke membiak dgn anak pokok
De benih eh?
Benih yang ai maksudkan, bukan biji benih. Anak pokok tu bukan benih pisang ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 4-12-2018 12:00 AM
Adalah membawang sikit tadi.
Choi, sek2 dadoh rupanya! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-12-2018 12:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Syd replied at 3-12-2018 04:00 PM
Adalah membawang sikit tadi.
Tak psl2 pisang yang innosen terpalit. |
|
|
|
|
|
|
|
Curi pisang je tapi kena pukul sampai mati.
Curi duit rakyat tapi hidup masih elok, dan masih mendapat sanjungan pengikut2 setianya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau zaman khalifah dulu, bukan dihukum pencuri pisangnya. Tapi ditanya kenapa kerajaan tak menyediakan pisang pada rakyat sampai ada yang terpaksa mencurinya. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 4-12-2018 12:28 AM
Choi, sek2 dadoh rupanya!
Itu gosip mak jemah.
Nanti kita tunggu perkembangan lanjut |
|
|
|
|
|
|
|
Oh, anak benih...
Ok ok
My mistake
I is keliru td
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 4-12-2018 12:27 AM
Benih yang ai maksudkan, bukan biji benih. Anak pokok tu bukan benih pisang ka?
Teringat suatu ketika dulu saya ada ambil anak pokok pisang dari rumah atuk dan letak di tepi pagar rumah di kg. Walaupun dah lebih 10 tahun pokok pisang tu masih ada di situ sebab ia ‘beranak’. Bila tebang ia tumbuh balik. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 3-12-2018 10:28 PM
OMG pisang je! Ko campak2 je benih pon tumbuh melata pisang tu, dah kenapa nak curik!
Pisang apa yg tanam pakai benih tu sis? |
|
|
|
|
|
|
| |
|