"I tak buat apa-apa surgery or any part of my face."
Itu jawapan tegas dari Sherry Ibrahim di laman Instagramnya. Penjelasan tersebut sebagai menjawab persoalan dan komen yang diterima daripada para pengikutnya berkenaan wajahnya yang agak berbeza akhir-akhir ini. Lebih cantik dan terletak wajahnya tidak seperti sebelum ini. Menurut Sherry lagi, dia tahu haram hukumnya mengubah kejadian Allah, jadi apa yang ada pada dirinya adalah yang asli termasuklah sebaris giginya.
Menerusi ruangan komen juga Sherry turut menjelaskan yang wajahnya agak berbeza kerana belajar daripada jurusolek teknik untuk tampil lebih 'sharp' di hadapan kamera. Seterusnya Sherry mengharapkan penjelasan ini menghentikan tohmahan terhadapnya yang kononnya membuat pembedahan plastik.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, setelah memberi penafian mengenai isu pembedahan plastik, masih ada segelintir pengikutnya yang tidak berpuas hati, lalu mengatakan perbezaan wajahnya terlalu ketara seperti di rahang, dagu yang makin runcing, kelopak mata yang lebih besar dan bibirnya yang cantik.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Namun, lebih ramai yang menyatakan ianya bukan pembedahan plastik, tetapi mungkin kerana gaya pose yang berbeza serta teknik pencahayaan yang membuatkan ia lebih cantik dan segar.
"Nampak bersinar sebab sinar matahari tu terpancar kat muka."
Sherry juga di ruangan komen rajin membalas komen-komen peminatnya bahawa dia lebih bijak menggunakan alat penjagaan kulit dan juga pencahayaan semulajadi dari matahari membuatkan wajahnya nampak lebih bersinar dan sihat. Dia juga menyarankan netizen yang tidak pasti mengenai wajahnya, rajinkan diri melihat ceritanya di IG Story bagi melihat produk-produk kecantikan yang bagus.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Selepas melihat foto-foto Sherry ini yang wajahnya agak berbeza, jadi apa pula pendapat anda? - CARI
|