"ada yang sangka saya dah sendu sebab jarang keluar TV dan tidak mengikuti arus popular, saya aktif di arena majlis korporat."
Kredit foto: IG Adibah Noor
Penyanyi Adibah Noor menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya sudah sendu di industri hiburan.
Perkara itu dikongsinya menerusi laman Twitter bersama gambar menunjukkan dirinya sedang membuat persembahan di sebuah majlis korporat.
Adibah juga menyatakan kesediaannya menerima jemputan orang ramai untuk membuat persembahan di majlis makan malam.
Tweet itu mendapat perhatian peminat, namun mereka khuatir tidak mampu membayarnya. Adibah bagaimanapun menegaskan dia tidak perlu dibayar mahal untuk membuat persembahan.
Kredit foto: Twitter
Siapa yang rindu mendengar nyanyian 'live' Adibah Noor, bolehlah cuba-cuba menjemputnya ke majlis makan malam syarikat anda. - CARI |