CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8325|Reply: 22

[SBS / Netflix] Hymn of Death - Lee Jong Suk, Shin Hye Sun

[Copy link]
Post time 26-11-2018 01:18 PM | Show all posts |Read mode
For more info >> kmania.info


3 Sebab kenapa perlu tonton drama “Hymn of Death”     


Drama khas tiga episode “Hymn of Death” lakonan Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun akan disiarkan di SBS 27 November ini dan ia juga turut mendapat perhatian pihak Netflix untuk menayangkannya menerusi cenel mereka. “Hymn of Death”  adalah sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah filem (juga tajuk yang sama) keluaran tahun 1991. Bertemakan romantik, melodrama dan kisah sejarah, drama ini berdasarkan sebuah kisah benar tentang kisah cinta antara penyanyi bersuara soprano pertama Korea, Yun Sim-deok dan penulis skrip yang genius,  Kim Woo-jin.

Lee Jong Suk akan membawakan watak sebagai Kim Woo Jin dan Shin Hye Sun sebagai Yun Sim-deok.
Oleh kerana kisah ini mendapat perhatian ramai, perjalanan kisah cinta mereka yang indah dan bertukar tragis ini telah dipersembahkan semula dalam pelbagai me termasuk filem, drama dan dipentaskan secara muzikal.

Sedikit informasi mengenai filem “Hymn of Death” atau “Death Song”.


Filem “Death Song” menceritakan kisah Yun Sim-deok,  seorang wanita Korea yang sedang mengikuti pengajian menyanyi di Universiti Tokyo pada tahun 1920-an, dan beliau telah jatuh cinta dengan seorang lelaki Korea, Kim Woo Jin yang mengikuti pengajian sastera. Bagaimanapun, di saat itu, Kim Woo Jin telahpun berkahwin.  Mereka berdua meninggalkan Jepun bersama-sama, dan kembali ke Korea dengan menaiki kapal. Namun semakin mereka menghampiri destinasi yang dituju, mereka merasakan semakin hampir mereka akan berpisah.  Mereka mengambil keputusan terjun ke dalam laut untuk mati bersama.

Filem yang dikeluarkan pada tahun 1991 telah diarahkan oleh Kim Ho Sun itu telah dibarisi pelakon seperti Chang Mi-hee ( yang memegang watak Yun Sim-deok), Lim Seong Min (sebagai Kim Woo-jin),Lee Geung-young (Hong Nan-pa), Kim Hye-ri (Yun Seong-deok), Kim Seong-su (Lee Yong-mun) dan Jo Min-ki (Hong Hae-seong).

Terdahulu, kisah hidup Yun Sim-deok pernah difilemkan pada tahun 1969 dengan tajuk “Yun Sim-deok” arahan An Hyeon-cheol dan dilakonkan oleh Moon Hee. Namun, tiada maklumat lanjut berjaya penulis temui berkaitan filem ini.

Sebelum penulis bekalkan tiga sebab kenapa anda perlu menonton drama ini, biarlah penulis menceritakan sejarah kisah Yun Sim-deok dan Kim Woo Jin.

Siapa Yun Sim-deok dan Kim Woo Jin

Yun Sim-deok dilahirkan di Pyongyang pada tahun 1897 dan kedua dari empat beradik. Beliau  terkenal dikalangan adik-beradiknya kerana mempunyai bakat muzik yang luar biasa dan pelajar pertama Korea yang mendapat biasiswa dari  Kerajaan untuk belajar seni muzik vokal di Tokyo Music School. Beliau juga merupakan orang Korea pertama yang memasuki institusi berkenaan.

Yun Sim-deok memiliki personaliti yang ceria. Ketika mengikuti lawatan belajar di Tokyo, beliau bertemu dengan Kim Woo-jin buat kali pertama. Kim pada masa itu sedang mengikuti pengajian kesusasteraan Inggeris di Waseda University. pada masa itu. Dilahirkan dalam keluarga pemilik tanah besar di Wilayah Jeolla, Kim sudahpun berkahwin. Isteri dan anak-anak ketika itu tinggal  Sepanjang lawatan belajar yang kemudian diadakan di Korea, Yun Sim-deok dan Kim Woo-jin menjadi rapat.

Pada tahun 1923, menjadi tahun permulaan Yun Sim-deok bergelar penyanyi soprano professional pertama Korea.Debut pertamanya ketika membuat persembahan di Pusat Pemuda Pusat di Jongro, Seoul. Namun selepas beberapa persembahan, beliau sedar ianya tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan. Adalah menjadi kelaziman bagi pelajar yang dihantar ke luar negara oleh kerajaan untuk bekerja sebagai guru di sekolah awam selepas pulang ke tanaj air. Yun menunggu untuk sebulan tetapi beliau tidak diberikan tawaran mengajar. Yun semakin terkenal sebagai penyanyi utama negara, namun oleh kerana kesempitan hidup beliau akhirnya memutuskan untuk menjadi penyanyi pop dan pelakon sebagai kelangsungan hidup.


Sejak dari itu, Yun terlibat dalam beberapa skandal sehinggakan beliau dikatakan akan berkahwin dengan orang kaya di Wilayah Hamgyeong. Kim Woo-jin, yang kembali ke Korea pada masa yang sama, mahu meneruskan kerjayanya dalam bidang kesusasteraan dan drama. Namun, hasratnya itu ditentang keluarga dan membuatkan beliau meninggalkan rumah serta memutuskan untuk kembali ke Jepun pada tahun 1926.

Pada masa yang sama juga, Yum Sim-deok kembali ke Jepun kerana  syarikat rakaman Jepun Nitto di Osaka menawarkan untuk merakam lagu-lagunya pada bulan Julai 1926. Apabila selesai sesi rakaman pada 1 Ogos, Yun Sim-deok meminta pengarah syarikat itu untuk merakamkan sebuah lagi lagu bertajuk ‘In Praise of Death.’ Ia berdasarkan pada muzik klasik Barat ‘The Waves of the Danube,’ di mana beliau sendiri yang menulis liriknya. Terdahulu, Yun Sim-deok menghantar telegram kepada Kim Woo-jin dan memintanya datang ke Osaka. Beliau mengugut untuk membunuh diri sekiranya Kim Woo-jin tidak datang.  Kim menerima telegram di Tokyo dan bergegas ke Osaka untuk berjumpa dengan Yun. Pada 4 Ogos, kedua-duanya melompat ke laut dalam dari sebuah kapal penumpang yang membawa mereka dari Simonoseki ke Busan. Pada ketika itu,kedua-duanya berusia 29 tahun.

Kisah bunuh diri seorang wanita moden dan kekasihnya si suami orang mencetuskan fenomena di Korea. Album terakhir Yun mencatat kejayaan luar biasa apabila terjual sebanyak 100 ribu salinan yang mana angka tersebut dianggap luar biasa pada masa itu. Lirik lagu ‘In Praise of Death’ berbunyi, “Oh, kehidupan, kamu berjalan melalui padang belantara yang luas. Ke mana kamu pergi? ” Ramai yang membayangkan lagu ini, yang menampilkan suara sedih Yun dan liriknya yang melambangkan hidup ini adalah sia-sia. Ini adalah kata-kata terakhir beliau yang menggambarkan kekecewaanya terhadap realiti budaya hidup negara asalnya yang lemah dan halangan bersifat Confucianism yang hebat.

Jom dengarkan lagu “Death Song” nyanyian asal Yun Sim-deok dan dinyanyikan semula oleh Bada




Tiga (3) sebab mengapa anda perlu menonton drama “Hymn of Death”.


1.Versi filem telah diiktiraf filem terbaik

Filem “Death Song”  telah diiktiraf sebagai filem terbaik dibeberapa anugerah. Ia juga turut memenangi beberapa anugerah  lain termasuk kategori utama dan teknikal, antaranya pelakon wanita terbaik, pelakon lelaki terbaik, pelakon pembantu terbaik, Screenplay terbaik, Pengarah terbaik dan beberapa anugerah lagi di Chunsa Film Art Awards 1991, Blue Dragon Film Awards 1991 dan di Grand Bell Awards 1992. Anda boleh lihat penuh anugerah yang telah digondol filem ini di SINI.

Dengan kemenangan yang diperoleh, boleh dikatakan keseluruhan proses pembikinan filem serta mereka yang terlibat telah memberikan yang terbaik sehingga berjaya mencuri perhatian juri dan para penonton. Filem terbaik adalah satu pengiktirafan yang dinantikan para penggiat filem yang menandakan kualiti hasil kerja  dan kejayaan mereka berkomunikasi dengan penonton menerusi persembahan karya ini.   Ini membuatkan ramai yang ingin menonton kisah ini dalam bentuk drama pula.

2. Gandingan pelakon yang hebat



Sebahagian para pelakon “Hymn of Death”
Drama ini dibintangi oleh Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Lee Ji Hoon, Lee Sang Yeob, Kim Won Hee, Shin Jae Ha, Kim Myung So,Oh Eui-Sik, Hwang Young-Hee, Jang Hyun-Sung dan Bae Hae-Sun. Kesemuanya merupakan pelakon yang berbakat besar dan amat mencintai dunia lakonan. Untuk makluman, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun serta Lee Ji Hoon pernah membintangi drama KBS – School 2013. Drama ini menjadi gelanggang penyatuan semula tiga pelakon ini selepas lima tahun. Di samping itu, boleh dilihat majoriti pelakon drama ini adalah barisan mereka yang pernah membintangi drama SBS – While You Were Sleeping kerana drama “Hymn of Death” diarahkan oleh pengarah drama tersebut,iaitu Park Soo Jin.

Kim Won Hee, Hwang Young Hee, Lee Sang Yeob dan Lee Jong Suk masing-masing telah memenangi Popular Ahjussi, Popular Ahjumma, Popular Villain dan Popular Actor di 6th CariKdrama Awards 2017 menerusi drama “While You Were Sleeping”. Bahkan drama itu juga turut memenangi Favorite drama dianugerah yang sama.


Bakat lakonan pelakon utama (Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun) tidak dapat disangkal lagi kerana mereka telah membintangi pelbagai drama serta filem dan mendapat pengiktirafan dengan memenangi pelbagai anugerah. Tidak hairan populariti yang diraih hari ini adalah hasil kerja keras masing-masing. Kedua-dua pelakon ini punya pengikut yang tersendiri kerana mereka sentiasa memastikan untuk memberikan persembahan yang terbaik. Mereka begitu tulus, dan penuh bersemangat dalam kerjaya masing-masing kerana mereka begitu cintakan dunia lakonan. Bahkan, Lee Jong Suk tidak mengenakan sebarang bayaran untuk membintangi drama ini kerana beliau amat menyukai naskhah ini dan sebagai tanda sokongan kepada tuan pengarah.


Disebabkan drama ini berkisar kisah cinta yang tragis, penulis begitu berminat untuk melihat keserasian Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun sebagai pasangan yang bercinta. Apakah mereka berdua berjaya menghidupkan watak sebenar Kim Woo Jin dan Yun Sim-deok? Apakah penyampaian mereka kelak akan dapat menarik perhatian penonton seperti mana dalam versi filem? Bukan apa, karya sebegini akan sentiasa berkait dengan ekspressi muka dan permainan emosi. Seandainya, persembahan mereka tidak melepasi tahap sepatutnya, drama ini pasti akan menjadi hambar. Apapun, penulis percaya dengan kehebatan bakat dua pelakon ini dalam menghidupkan karakter masing-masing.

3. Mengupas sisi yang berbeza dari versi filem


“Death Song” adalah tajuk sebuah lagu paling popular yang dinyanyikan oleh penyanyi soprano pertama Korea, Yun Sim Deok yang diterbitkan pada tahun 1926. Kisah hidup Yun Sim Deok telah difilemkan dan dipentaskan secara muzikal. Bagaimanapun, drama terbitan SBS ini (arahan Park Soo Jin dan skrip ditullis oleh Jo Soo-Jin) akan menampilkan sesuatu yang berbeza, kerana ia bukan sahaja menceritakan tentang kisah cinta tragis Yun Sim Deok dan Kim Woo Jin, tetapi ia akan memaparkan kisah tentang siapakah sebenarnya Kim Woo Jin yang selama ini tidak ditonjolkan kepada umum. Menurut pengarah drama ini, beliau yakin Lee Jong Suk dapat menggambarkan watak Kim Woo Jin dengan sempurna sebagai seorang pencinta yang setia dan seorang lelaki yang penuh dengan cita-cita.

Jom tonton teaser drama ini


Sudut pandang penulis



Bagi pendapat penulis sendiri, sesebuah karya yang berdasarkan kisah sebenar sememangnya satu genre yang berat. Disamping untuk mengekalkan ‘originality’, pemilihan tenaga kerja termasuk pengarah serta penulis skrip dan pelakon adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan. Dan bagi naskhah yang diadaptasi, olahan skrip serta aspek teknikal termasuk pengarahan dan sinematografi perlu disuntik dengan sedikit elemen segar agar naskhah ini mampu menambat hati penonton. Disamping itu ia akan memberikan kesegaran yang baru kepada karya ini. Begitulah juga harapan yang penulis letakkan untuk drama “Hymn of Death” ini.

Penulis pasti, mereka yang pernah mengikuti kisah Yun Sim-deok dan Kim Woo Jin menantikan drama ini. Mungkin mereka ingin melihat kemampuan pelakon generasi kini membawakan watak berkisar sejarah dan juga ingin mengetahui siapa sebenarnya Kim Woo Jin. Rata-rata ada mengatakan Kim Woo Jin seorang yang curang terhadap isteri dan anak-anak. Penulis juga inginkan kepastian, apakah kehadiran Yun Sim-deok mengisi ruang-ruang kosong yang tidak mampu diisi oleh isterinya atau perkahwinan Kim Woo Jin itu sebenarnya bersifat politik kerana ayah beliau adalah orang yang berpengaruh. Berapakah nilai cinta dan kasih sayang Yun Sim-deok dan Kim Woo Jin sehinggakan mereka beranggapan hanya kematian yang akan menyatukan mereka.

Apapun, penulis menantikan drama ini kerana tertarik dengan plot ceritanya yang penuh tragis. Apakah ia nanti berjaya merobek perasaan penulis atau sebaliknya. Mendengarkan lagu “Death Song” ini sendiri, penulis dapat membayangkan betapa sedihnya perjalanan hidup Yun Sim-deok ini sehingga penulis beranggapan semasa lagu ini ditulis adakah beliau telahpun memilih untuk mati sebagai pengakhiran hidup bersama dengan orang yang dicintai suatu ketika nanti.
Jadi, jika anda seperti penulis ingin menonton drama ini, anda boleh mengikutinya di cenel Netflix.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah... Tazabar. Mau cari yg boleh streaming nnt ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 09:09 AM | Show all posts
blom ada d netflix eh..ingat dh ada
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
mimi77 replied at 30-11-2018 09:09 AM
blom ada d netflix eh..ingat dh ada

Baca somewhere kata 14 Dec baru ada kat Netflix utk Asia region
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 11:54 AM | Show all posts
xyla73 replied at 30-11-2018 11:35 AM
Baca somewhere kata 14 Dec baru ada kat Netflix utk Asia region

noted..ty
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 12:14 AM | Show all posts
tragisnya kisah Yun Sim-deok dan Kim Woo Jin
xsangka based on true story
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2018 02:26 PM | Show all posts
so 2 episode jela??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 02:33 PM | Show all posts

3 episod. malam ni last tayangan di korea.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 02:19 PM | Show all posts
last ending sedih pasal berdasarkan true story..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:24 PM | Show all posts
mcm pendek sgt 3 ep...iols da layan sampai separuh ep2..

geram plak rasa...pasal based on true story...yum sendok tu da kenapa birah nak laki org...

tp sebab kan lee jong suk tu ensem..iols redhaa laa layan citer ni sesambil cuci mata...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 04:58 PM | Show all posts
hunny_bunny replied at 7-12-2018 02:24 PM
mcm pendek sgt 3 ep...iols da layan sampai separuh ep2..

geram plak rasa...pasal based on true st ...

hahaha kann..padahal dh tau laki org..

mmg tragis sungguh love story dorg..
dgn kesempitan hidup.. cinta terhalang..
final ep. mmg berjurai2 airmata  




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 05:39 PM | Show all posts
rosa_canina replied at 11-12-2018 04:58 PM
hahaha kann..padahal dh tau laki org..

mmg tragis sungguh love story dorg..

kalau sempat, hantar rebiu drama ni sekali utk consideration cari kdrama awards
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 08:21 PM | Show all posts
dauswq replied at 11-12-2018 05:39 PM
kalau sempat, hantar rebiu drama ni sekali utk consideration cari kdrama awards

aiseyy.. bab rebiu nie lemah sikit.. hehe

kalo sempat iols submit
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 12:42 AM | Show all posts
Ok. Dekat netflix dh ada cite ni, boleh la tgkk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 10:57 PM | Show all posts


>> PANDUAN REVIEW <<


Majlis Pengkritik Kdrama akan pertimbangkan untuk CARI 2018 K-Drama Awards, untuk tahun ke-7.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama Hymn of Death
Browse kmania.info for more info.
Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda
.

Tagkan @dauswq , @ismaha , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.

REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)

CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2
" >>KLIK SINI<<"

(Kredit extra diberikan kepada yang menulis / memasukkan review dengan lengkap/detail)


   @xyla73  @iloveyou   @rosa_canina  @hunny_bunny  @alien88








Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 10:45 AM | Show all posts
baru tgk 1 episod...nanti kalau ada masa iols review
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 11:23 AM | Show all posts

hehe.. tq tag iolls tp sorry ye citer melo drama plus pasal selingkuh mmg idok la iolls nk tgk walaupon ada Lee Jong Suk yg handsome ittew
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@dauswq  @ismaha  @eddlisa_uyuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 09:11 PM | Show all posts
xyla73 replied at 18-12-2018 11:48 PM
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

buat satu lagi post

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 19-12-2018 09:11 PM
buat satu lagi post

Second posting..ingatkan x dpt byk kredit sbb review x berapa nak panjang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.078644 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list