View: 3207|Reply: 22
|
[Tempatan]
Performance terbaik diranjang bukan jaminan subur - doktor
[Copy link]
|
|
Jangan terlalu yakin, hebat di ranjang, 'performance' terbaik bukan jaminan subur - Doktor
Diterbitkan: Khamis, 15 November 2018 9:06 PM
PETALING JAYA: Seringkali masyarakat lebih cenderung menyalahkan wanita sebagai punca utama apabila berlaku situasi pasangan sudah lama berkahwin, tapi masih belum dikurniakan zuriat.
Malah ada suami yang menjadikan alasan tersebut untuk berpoligami kerana mahukan zuriat dengan isteri kedua.
Selepas berkahwin dengan isteri kedua, masih juga tidak dikurniakan cahaya mata, memaksa si suami berkahwin lagi satu!.
Entah di mana silapnya, dengan isteri ketiga pun hasrat untuk mendapat anak tidak kesampaian, sehinggalah diperiksa, rupa-rupanya pihak lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.
Hakikatnya, ia adalah kisah benar pasangan berpoligami yang dikongsi Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Muhammad Izzat Abdul Razak menerusi satu posting di Twitternya yang tular baru-baru ini.
Menurut Dr Muhammad Izzat, tidak ramai menyedari bahawa golongan lelaki sebenarnya berpotensi mengalami masalah kesuburan.
"Kes masalah kesuburan memang banyak terutamanya membabitkan pihak perempuan. Dalam kes-kes yang pernah saya kendalikan, 40 peratus lelaki mengalami masalah itu manakala 60 peratus melibatkan golongan wanita. Masalah kesuburan lelaki berlaku dalam kekerapan tujuh peratus dalam kalangan lelaki.
"Peratusan itu agak tinggi dan signifikan. Jadi kedua-dua pasangan perlu melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca sebenar kepada masalah yang melanda mereka," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata, sikap ego yang ada pada diri lelaki membuatkan mereka sangat yakin bahawa masalah sukar untuk mendapatkan zuriat sebenarnya berpunca daripada wanita.
"Lelaki ni ego dia tinggi. Jadi bila jumpa doktor tu dia akan suruh siasat isteri dia terlebih dahulu.
"Dia tak nak disiasat sebab kononnya dia tahu dia memang tak ada apa-apa masalah. Ini mungkin sebab dia fikir prestasinya semasa di ranjang tak ada masalah," katanya.
Justeru, Dr Muhammad Izzat menasihati para suami supaya bersikap terbuka dan berani menerima hakikat.
"Jadi ego tu kena buang jauh-jauh. Istilah orang dulu-dulu kalau tak ada anak, pihak perempuan yang bermasalah, itu tidak relevan.
"Tidak ada bukti yang mengatakan wanita 100 peratus adalah punca kepada masalah kesuburan. Jadi konsep untuk hamil ini memerlukan benih yang baik daripada kedua-dua pasangan," katanya.
Jelas beliau lagi, langkah terbaik bagi mengatasi masalah kesuburan adalah mendapatkan khidmat nasihat pakar, pemeriksaan dan rawatan.
"Jangan anggap ini adalah pengakhirannya. Kita ada prosedur yang menolong pasangan bermasalah seperti ini, lebih-lebih lagi lelaki yang ada masalah sperma melalui teknik pembedahan.
"Ada prosedur pembedahan pada lelaki untuk mendapatkan sperma yang bagus dari testis untuk proses persenyawaan," katanya.
Namun beliau berkata, peluang untuk pasangan bermasalah itu untuk mendapatkan zuriat bergantung kepada penilaian doktor dan keadaan pesakit.
"Tak semua berjaya. Kadang-kadang kalau kita buat pembedahan pun tak jumpa benih yang bagus pada lelaki, jadi persenyawaan tidak boleh dilakukan," katanya.
Ditanya mengenai kes membabitkan salah seorang pesakit dan tiga isterinya, Dr Muhammad Izzat berkata lelaki tersebut akhirnya sudah menimang cahaya mata.
"Dia dapatkan rawatan tahun lepas. Kita keluarkan sperma dia yang bagus untuk buat persenyawaan. Akhirnya dia dapat anak dengan isteri ketiga," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jantan gini elok dimaki dolu
Alasan bini x subur
Ruoanya dia yang mandul..0 |
|
|
|
|
|
|
|
Smoga bini2 beliau menceraikan beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Ini biasa je, ada mak mertua siap sibuk nk carikan bini lain utk anak laki dia
Bila tgk anak laki yg mandul, terus terdiam tak berkutik |
|
|
|
|
|
|
|
So mmg niat dia poligami sampai 4 tu sbb tak dpt anak la? Kenapa waktu bini 1st tk buat pemeriksaan dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bini 4,tp balun yg muda je manjang xjd jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
menikah 4 pastu heran x leh beranak, suami yg bermasalah la tueee |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tengok gambar tu terbayang si gundu pam. Cita2 nya ingin bergelar seorang black kawin dgn seorang black |
|
|
|
|
|
|
|
teringat cerita vince vaughn...el masturbator.......starbuck child....wakakakakkakakakakakka |
|
|
|
|
|
|
|
uih... wifey sampai 4 tapi takgak dapat anak, then there must be something wrong with the male, not the females |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah xdpt anak sbb bapaknya bodoh gini. Xyahla reproduce. Pastu bajet performance bagus. Kau je perasan performance kau bagus. Entah2 pensil pun besar 2b je |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya khau, harap ditinggal oleh bini2. ciao ciao |
|
|
|
|
|
|
|
Hasanahnya. Berapa byk je kes poligami 4 tak dapat sorang pon anak.
Yg menyoal tu saja mau melucah. |
|
|
|
|
|
|
|
mslhnya selain lelaki ego perasan dia subur manakala bila yg tak subur,.. mulut2 jahat mak suami, ipar duai, kawan2 menyebabkan perempuan jd down. |
|
|
|
|
|
|
|
dia guna alasan bini mandul untuk kawin lagi.
now dah terbukti dia yang mandul apa kata bini dia guna alasan yang sama untuk kawin lagi (sambil maintain dia sebagai laki tua yang mandul....) boleh?...
|
|
|
|
|
|
|
|
suka dia la nak bagi alasan apa pun. asal jgn bodoh sains anjing tak berpeluh sudahh
bahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi kekeliruan ialah bilamana air mani (semen) itu dipanggil sperm. They are two different things.
Air mani mencurah2 pun kalau dalam 'kosong' serupa air kanji je lah... tu yang dia konfiden dia takde masalah dok salahkan orang perempuan. Tu pasal kena amik sample dan buat sperm count.
|
|
|
|
|
|
|
|
bahahah
org bodoh sains darjah dua anjing tak berpeluh cakap pasal airmani konon
|
|
|
|
|
|
|
|
kau sendiri bongok keliru pasal anjing berpeluh ke tak, citer pasal sperm sporm konon.
lawak siot.
|
|
|
|
|
|
|
|
armin: Baguslah xdpt anak sbb bapaknya bodoh gini. Xyahla reproduce. Pastu bajet performance bagus. Kau je perasan performance kau bagus. Entah2 pensil pun b ...
Pensil laki vokuru besar klcc |
|
|
|
|
|
|
| |
|