Amalan makan atau minum air dari uri sendiri sudah semakin meluas dalam kalangan masyarakat Barat. Hal ini kerana mereka percaya pada kebaikan yang terdapat pada uri itu sendiri.
Hilary Duff, pelakon siri Lizzie McGuire yang kini berusia 31 tahun baru sahaja melahirkan anak keduanya hasil hubungan dengan teman lelaki beliau Matthew Koma dan memilih untuk minum dari urinya sendiri.
Hilary Duff bersama teman lelaki beliau. - Kredit foto : gossipblog.it
Anak beliau yang baru dilahirkan. Kredit foto : IG Hilary Duff
Menurutnya, dia menghasilkan smoothie dari buah beri, jus buah-buahan dan ekstrak uri tersebut dan meminumnya.
Dia juga menyukai kelazatan jus buah yang rasanya lemak berkrim setelah dicampurkan dengan ekstrak uri.
Baki pada bahagian uri yang belum digunakan itu disimpan di bahagian sejuk beku di dalam peti rumahnya untuk kegunaan di masa hadapan.
Jus Placenta. (Gambar hiasan) Kredit foto : dailymail.co.uk
Kredit foto : mtv.co.uk
Hilary yakin dengan kajian yang mengatakan memakan uri boleh menghalang post-partrum depression atau depresi selepas melahirkan anak dan mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
Masyarakat Barat memang berani mencuba perkara baru. Semoga ia tidak memudaratkan di kemudian hari. Betul ke jus uri memang sedap? Sudah ada yang cuba? -CARI |