CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19445|Reply: 138

Senarai Kosmetik Yang Masih Diuji Ke Atas Haiwan Pada 2018, Anda Masih Guna?

[Copy link]
Post time 2-11-2018 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Rasanya, semua sedia maklum bahawa masih terdapat jenama alat solek yang membuat uji kaji terhadap haiwan sebelum dipasarkan kepada orang awam.
Tahun demi tahun,sudah banyak jenama terkemuka 'insaf' dan mengubah polisi dalam penghasilan sesuatu produk setelah pelbagai organisasi membantah uji kaji terhadap haiwan ini, contohnya PETA Organizations.


Namun, walaupun jenama ini dikatakan 'cruelty-free' atau bermaksud tidak diuji terhadap haiwan, kebanyakan jenama terkenal ini masih lagi mengamalkan perbuatan tidak berperikemanusiaan dengan alasan untuk menembusi pasaran sesetengah negara di bawah dasar tertentu.


Contohnya, China yang mewajibkan setiap kosmetik yang ingin dipasarkan dalam negara tersebut melalui ujian terhadap haiwan. Oleh itu, kebanyakan jenama mengisytiharkan produk mereka bebas ujian terhadap haiwan tetapi berselindung di sebalik klausa 'except when required by law'. Disebabkan itu, produk kosmetik terkenal ini tetap menjalankan ujian terhadap haiwan sebelum dipasarkan kepada awam.


Jom kita lihat senarai kosmetik yang masih menjalankan ujian terhadap haiwan pada tahun 2018.





Kredit Foto : Crueltyfreekitty




Bagi mereka yang tertanya-tanya apakah jenis ujian dilakukan terhadap haiwan, anda boleh tengok sendiri di YouTube. Banyak pendedahan dibuat mengenai isu ini.


Gambar berikut adalah hasil selepas diuji kaji yang diklasifikasikan sebagai sulit dan hanya tersebar selepas pelbagai pendedahan secara eksklusif dilakukan.





Foto : Google





Foto : Google






Foto : Google





Foto : Google





Foto : Google





Foto : Google








Foto : Google







Foto: Google




Tidak sangka betul kebanyakan jenama yang sentiasa digunakan di negara kita juga termasuk dalam senarai dan sudah pasti salah satu jenama tersebut ada dalam beg mekap anda, bukan?


Mungkin kini sudah masa untuk anda menukar jenama yang tidak membahayakan ekosistem lain, contohnya body shop, lush dan sebaginya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Related collections:

  • · 1|Threads: 1, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls guna body shop je...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:11 PM | Show all posts
ooppsss....brand yg i guna listed plak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya manusia .. tak sanggup i nak tepek kat muka..
Produk timbang kilo tak buat ujikaji terhadap binatang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannye, banyak jugakla guna dulu. skg dah guna elianto ntah test kat arnab ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Loreal,mac, sephora,maybelline ---> aku nak pakai jenama apa lepas ni? Aku baru nak beli Nars punya foundation.

Sendayu tinggi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2018 02:14 PM | Show all posts
skrg kan byk brand korea.kat dlm list tu takde korean cosmetics.kosmetik  pandang ke timur  pulak lepas neh
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:15 PM | Show all posts
brand iols guna pun hado
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiah.comei replied at 2-11-2018 02:12 PM
Kejamnya manusia .. tak sanggup i nak tepek kat muka..
Produk timbang kilo tak buat ujika ...

Product timbang kilo lagi hebat. Terus buat testing kat consumers
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:25 PM | Show all posts
abih tu kalo beli lokal punya, kosmetik timbang kilo lak
pastu kene serbu dgn KKM bagai
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:27 PM | Show all posts
   adoiii.. semua brands international nieee
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni try Nyx, fenti beauty pula la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:31 PM | Show all posts
alamak.. ada mekap yang i pakai..
rasa bersalah pulak nak habiskan..
cuma akan guna perfume and avon bra..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:31 PM | Show all posts
kebanyakannya high end product, kejam gila lah, nak buktikan apa test dekat binatang, bukan sama mcm manusia hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Marc jacobs ok sis. Cruelty free. Quality pun mmuaskn.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:35 PM | Show all posts
oh my..selamani I ingt die test pada tikus sahaja..tk sangka pada haiwan lain juga! tpi brg2 comestic yg cruelty free mcm hourglass mahal gila kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Urban decay pun cruelty free. Tarte as well.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kejamnya syaiton2 ni, nak cakap nasib baik tak support produk2 ni sebab tak pakai makeup tapi haiwan2 masih diperlakukan begini kan? keji jugak vet yang recommend pet food sampah sebab sick pet = source of income
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:45 PM | Show all posts
sedihnya tgk rabbit kena buat camtu.. brand2 yg i pakai lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sume brand iols. pakai plak tu

xkn nak berkat amik semayang je lps ni x yah mekap dh{:laugh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.062960 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list