Penyanyi baru, Andi Bernadee mengakui dirinya begitu selesa berhubungan dengan Sarah Suhairi, juara program Big Stage.
Namun dia menafikan hubungan mereka itu sebagai pasangan kekasih sungguh pun peminat mahu mereka menjalinkan hubungan percintaan.
Foto: IG Andi Bernadee
Mereka berdua juga dilihat ada memuat naik gambar bersama di laman sosial seperti sedang berbahagia dengan hubungan ini.
"Bayangkan ada peminat merakam paparan skrin gambar saya bersama Haneesya Hanee (pelakon) dan dihantar kepada Sarah.
"eminat terbabit marah-marah seolah-olah saya berlaku curang kepada Sarah. Pada peminat, saya dan Sarah memang sedang bercinta," katanya.
Hubungan rapat mereka adalah disebabkan Andi dan Sarah memang ???satu kepala??? ditambah pula mempunyai minat yang sama.
Dia juga mengatakan Sarah satu-satunya teman yang sering menghubungi dirinya selepas tamat program Big Stage. Maka dari situ hubungan mereka terjalin rapat.
Kawan yang lain pula sibuk dengan jadual kerja masing-masing jadi masih tiada masa untuk berjumpa antara satu sama lain.
Sampai peminat pun mahu Andi dan Sarah bercinta. Kalau sudah ???satu kepala??? apa salahnya mempunyai hubungan istimewa. - CARI
Dia ni kan pernah jadi FB Friend aku memang tak tau dia ni retis pastu dia selalu cam live tgh nyanyi sambil senyum2 senget dia tu la.. pastu aku cam "alahai ko ni dik tak yah la nyanyi dik suara ko tak sedap ko mesti perasan kan sebab muka ko ala2 jambu la konon" dalam hati.. pastu aku tertengok BigStage start minggu ke 5 pastu nampak dia as penonton aku cam "Eh ini budak yang dalam FB aku tu" pastu masa final nampak dia nyanyi menggigil2 kat atas stage tu aku cam "Laa.. Retis BBNU ke"..