Kredit foto: IG Elly Mazlein
Episod keruntuhan rumah tangga yang berlaku pada Elly Mazlein memang benar-benar mendapat perhatian ramai.
Dari berita bekas suami bermain kayu tiga, sampai ke tuntutan nafkah anak, semua benda peminat tahu sebab Ellyn selalu berkongsi tentang di media sosial.
Kalau dulu asyik berduka sahaja, sekarang Elly atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Lina Pom Pom nampaknya sudah mendapat pengganti kekasih hati.
Gambar anak bersama seorang jejaka yang ditutup mukanya itu memberi bayangan yang Elly kini sedang bahagia menyulam cinta.
Ruangan komen dipenuhi dengan para peminta yang tak putus-putus mendoakan kebahagiaan Elly.
Nampak mesra anak Elly dengan papa barunya itu.
Siapa agaknya gerangan jejaka yang berjaya menawan hatinya. Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari aktres ini nanti. -CARI
|