CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7726|Reply: 47

"RM3 Pun Berkira Ke?" - Pembeli Batalkan Tempahan Makanan Kerana Ada

[Copy link]
Post time 10-10-2018 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Gambar sekadar hiasan



Masa ini, ramai peniaga yang menyediakan perkhidmatan menghantar makanan yang ingin dibeli oleh para pelanggan terus ke rumah atau di tempat kerja. Ia banyak membantu dan memudahkan urusan mereka yang kesuntukan masa atau mengalami kesukaran untuk keluar membeli. Hubungi sahaja penjual melalui SMS atau whatsapp untuk menempah makanan. Jadi, pelanggan tidak perlu lagi bersusah payah untuk bersiap, memandu kenderaan sendiri atau membuang masa untuk membeli makanan yang ingin dimakan.


Bagaimanapun, setiap peniaga tetap mempunyai risiko dengan perkhidmatan yang mereka sediakan. Ada pelanggan yang membatalkan tempahan pada saat akhir dan ada juga apabila penjual sudah sampai di depan rumah tetapi pembelinya tidak memberi sebarang respon. Perkara-perkara sebegini perlu dihadap oleh para peniaga yang menerima tempahan dan menyediakan khidmat penghantaran.


Seorang pengguna Facebook yang juga seorang peniaga dan menyediakan khidmat penghantaran makanan terkesan dengan situasi yang dialami oleh peniaga lain yang mengalami nasib malang akibat pelanggannya membatalkan tempahan. Apalah sangat dengan caj penghantaran sebanyak RM3 yang dikenakan berbanding dengan tenaga dan modal yang digunakan untuk membeli bahan mentah, memasak dan seterusnya menghantar terus ke rumah pelanggan.









RM3 pun berkira ke?



Ramai netizen yang mengecam tindakan pembeli yang membatalkan tempahan yang sudah siap di masak hanya kerana berkira dengan caj penghantaran RM3 itu. Ia dianggap melampau dan tidak bertanggungjawab sekaligus menganiaya penjual yang hanya mendapat keuntungan yang tidak seberapa daripada hasil jualannya.







Penjual pun salah juga!




Ada juga netizen yang berpendapat kejadian sebegitu bukanlah salah di pihak pembeli sahaja kerana penjual tidak memberitahu caj penghantaran tersebut ketika menerima tempahan.  Sepatutnya ia perlu dijelaskan lebih awal agar pembeli bersetuju dan tidak membatalkan tempahan setelah ia sedia untuk dihantar.







Dah la pemalas, kedekut pula




Apa-apa pun, rata-rata netizen menganggap pembeli tersebut seorang yang bukan sahaja pemalas tetapi kedekut. Maklumlah, zaman sekarang, kos hidup makin meningkat dan agak mustahil untuk peniaga-peniaga memberi penghantaran percuma melainkan caj tersebut sudah dimasukkan bersama harga makanan.  Jadi, netizen mencadangkan agar penjual terus memasukkan caj penghantaran.









Pilihan di tangan sendiri, jika RM3 pun hendak berkira, lebih baik keluar sendiri membeli bahan mentah dengan berjalan kaki ke kedai dan memasaknya sendiri di rumah dengan menggunakan dapur kayu. Sudah tentu wang ringgit dapat dijimatkan. Setuju tak?- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2018 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
McD yg punya kaya cemerlang terbilang pun sekarang charge rm4 la ni. Ni rm3, ok what
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:12 PM | Show all posts
eloklah mampos peniaga macam ni

sikit2 nak cas

haritu jual kat flat. cas delivery seringgit setiap tingkat! tingkat 15 kena cas RM15.

mamposla.

elokla peniaga melayu camni berkubur aje
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:13 PM | Show all posts
pastu meniaga tak bagitau rupanya ada cas sekian-sekian

barang ko jual pun mahal kedaung.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Murah dah tu caj rm3.. I ok jh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm3 ok lg. Cuma kadang2 de minimum order smpai 5 pax tu pingsan la iols yg nk order sorg2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu ye pum sabar la masa tulis msg
Nampak naw fake
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:24 PM | Show all posts
sofiazara replied at 10-10-2018 12:12 PM
eloklah mampos peniaga macam ni

sikit2 nak cas

Tapi kalau angkat barang berat macam tong gas kena terima je kos penghantaran tu, apa lagi yg tak ada lift

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2018 12:26 PM | Show all posts
dua2 salah..

customer mana lah nak tau..
lain peniaga lain caranya..

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:29 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 10-10-2018 12:24 PM
Tapi kalau angkat barang berat macam tong gas kena terima je kos penghantaran tu, apa lagi yg tak  ...

mananya tong gas! jual nasi lauk kuih cemtu je. kawan aku kena.
ada sekor seller haritu aku beli dim sum ingatkan sedap macam kat petronas. hadoooo, langsung tak sedap. dia cas delivery kat aku pastu suruh aku dari rumah pegi pondok pak guard ambik sana. apa tahik? dahla cas delivery RM5 pastu ko takleh nak hantar depan rumah aku (teres). dia suruh aku gi ambik kat pondok guard sebab banyak lagi barang dia nak hantar merata. so? ada aku kesah kan? dah bayar cas, sila lah hantar depan rumah.

skrg aku aman2 je beli dimsum frozen kat petronas. sedap pun lagi sedap dari homemade dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:33 PM | Show all posts
kalo kat hospital kerajaan bayar seringgit tu pun berkira service gomen. lambat la lembab la, tunggu lama la, ubat murah la, macam2 ko komplen. siap hantar surat kat PM bagai suruh tukarkan nurse doktor bagai sebab service lambat.

ni seller jual kuih tak sedap cas RM3, cakap buyer takleh nak berkira? wat the heck!

gi mampos peniaga melayu bongek camni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya self pick up takde charge. Kalau delivery kena charge lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko ingat keta dia isi air ke nokkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dia kena nyatakan sekali dalam iklan la, baru betul.ke iols tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:51 PM | Show all posts
point is, seller tak bagitau awal2 delivery cas sekian2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 01:03 PM | Show all posts
caj penghantaran tu kan ke biasa jerk
rm3 jer pun..tu pun nak batal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2018 01:11 PM | Show all posts
adoi 3 ringgit je         pun...………..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 01:13 PM | Show all posts
Kadang ada peniaga yang dah bagitau awal-awal, order atas dari RM sekian sekian free delivery. Tapi yang pembeli tu pun, takyah la nak berkira sangat RM3. Orang tu dah tolong hantarkan depan mata kot. Tapi yer la, taktau la kot kot pembeli tu memang ada cukup cukup jer duit kan? Terus cancel.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
meSti la pembeli rasa rugi order X byk mna kna cas lg rm3 tu jgn igt kecik bole dpt 3 keping roti canai ni bukan soal berkira tapi X berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 02:01 PM | Show all posts
bersangkak baik je lah mungkin buyer tak cukup duit masa tu belum gaji..huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.459983 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list