View: 7357|Reply: 48
|
[Tempatan]
Maahad TAHFIZ Al-Hashimi diperintah bayar RM4.3 juta sebab CUAI, van tiada INSUR
[Copy link]
|
|
Edited by Kentang.Goreng at 23-9-2018 01:16 PM
Maahad tahfiz diperintah bayar RM4.3 juta
MAHKAMAH Sesyen Kota Bharu, hari ini memerintahkan Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kuala Krai membayar ganti rugi am dan khas kerana kecuaian berjumlah RM4.3 juta, kepada bekas pelajarnya yang lumpuh akibat kemalangan pada Jun tahun lalu.
Hakim Nazri Ismail memerintahkan tiga defendan iaitu pemandu van Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25; syarikat van CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi bertanggungjawab secara vikarius dengan membayar kos itu kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18, dan ibunya, Jahsuriawany Mustapha, 46, selepas mangsa hilang upaya akibat kemalangan itu.
Jumlah berkenaan termasuk ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin retak saraf tunjang sehingga menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup serta kos pembelian lampin pakai buang, tiub makanan dan jururawat persendirian.
Plaintif diwakili peguam, R Kameswary dan Mazlinda Mahmud, manakala pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Datuk Adnan Hashim diwakili Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah dan Azman.
Muhammad Faiz Hafizuddin yang turut dibawa ke mahkamah hari ini dilihat mengalirkan air mata sebaik mahkamah membuat keputusan itu.
Dalam kejadian 2 Jun tahun lalu, tujuh daripada 12 pelajar tahfiz terbunuh dengan lima daripadanya maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK).
Ketika kejadian, pelajar berkenaan dalam perjalanan untuk menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu di sini, berdepan saat mengerikan apabila van yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai.
Sementara itu, Kameswary berkata perbicaraan mengambil masa dua hari sahaja dengan empat saksi dipanggil termasuk ibu bapa mangsa dan pengasas maahad tahfiz berkenaan, Datuk Adnan.
“Semakan mendapati van yang dinaiki mangsa tidak mempunyai insurans terhadap pelajarnya dan pada hari kejadian, van itu dipandu oleh pemandu yang tidak mempunyai lesen kenderaan,” katanya.
Bapa mangsa, Mohd Izahir Kassim, 50, ketika ditemui bersyukur apabila keputusan mahkamah memihak kepada anaknya dan sekurang-kurangnya nasib Muhammad Faiz Hafizuddin terbela.
“Duit yang bakal diperolehi ini bukan untuk saya atau isteri, sebaliknya akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kos perubatan Muhammad Faiz Hafizuddin memandangkan saya sudah bersara.
“Kos untuk anak saya setiap bulan sangat tinggi dan pembelian susu sahaja sudah melebihi RM1,000. Duit simpanan saya sudah habis sehingga saya terpaksa berhutang dengan keluarga untuk menanggung Muhammad Faiz Hafizuddin.
“Saya mahu membawa anak menjalani rawatan di Hospital Colombia, Shah Alam walaupun doktor memaklumkan peluang untuk Muhammad Faiz Hafizuddin adalah tipis, namun sekurang-kurangnya kami mencuba," katanya.
Pada masa sama, Mohd Izahir kesal apabila ramai yang mengutuk tindakannya memfailkan tuntutan bagi pihak anaknya, sedangkan orang luar tidak tahu apa yang berlaku.
“Pada awalnya saya tidak mahu failkan tuntutan walaupun ramai peguam datang memujuk, namun saya cuba buat tuntutan insurans penumpang, namun tidak mendapat kerjasama daripada pihak tahfiz.
“Malah, peguam juga mahu menyelesaikan perkara di luar mahkamah dengan menuntut RM500,000 dengan pengasas tahfiz, namun Datuk Adnan enggan membayar menyebabkan saya mula memfailkan tuntutan pada April lalu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 September 2018 @ 12:20 PM
Pengasas Maahad Tahfiz yang TIDAK ISLAMIK
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
peguam juga mahu menyelesaikan perkara di luar mahkamah dengan menuntut RM500,000 dengan pengasas tahfiz, namun Datuk Adnan enggan membayar menyebabkan saya mula memfailkan tuntutan pada April lalu
ini baru betul2 cash lah kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin banyak kes tidak baik melibatkan sekolah tahfiz. Mungkin tuhan nak tunjuk satu per satu golongan penunggang agama. Tapi yg jadi mangsanya pelajar yg tidak bersalah. Semoga keadilan berpihak pada mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Settle luar bayar rm500k... sebab ego, selfish, tak nak bayar..
Masuk court terus kena bayar juta2... cash sangat la kan...
Jangan kutip derma atas nama “tahfiz” dan “islam” pulak... penunggang agama sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Woww
Raya tahun depan musti ramai sedara-mara datang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cash la. Dh boleh tutup pusat tahfiz macam zam cakap. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka. Dari ratus ribu jadi juta. Memang takkan dapat kembalikan adik tu ke keadaan asal sebelum kemalangan but at least boleh bantu keluarga dia dalam menanggung kos rawatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu baru satu keluarga. Bagaimana dengan mangsa yang lain yang telahpun meninggal dunia? Barangkali ada keluarga lain yang turut membuat tuntutan mahkamah.
Memang amat memalukan apabila institusi pendidikan mengabaikan aspek keselamatan sehingga tidak memantau pengusaha van yang culas sampai tahap insurans kenderaan pun tiada. |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup jelah sekolah pondok, tahfiz semua tu...sekolah agama pon kalau boleh tutup je. |
|
|
|
|
|
|
|
Hospital Punya
Rezki ke nih? Whaaat??
|
|
|
|
|
|
|
|
penguatkuasa agama lesu, psl tak banteras pusat2 cmni.
penguatkuasa lain cam bomba (klu kes kebakaran tahfiz psl xde cf ) pn sama
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak senyum sinis jah tengok ummah pakat kena cash akibat dok lahap agama arab laknatullah ni dekkkk.... sumpah akak puas. |
|
|
|
|
|
|
|
alamat tinggal spender lah datuk ni...
tapi aku rasa dia tak kan bayar la... baik dia pindah harta kat anak bini dan declare bankrap atau masuk jel makan free...
|
|
|
|
|
|
|
|
kita syak begitu juga. Isytihar muflis dah menjadi satu budaya untuk lari dari hutang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke tahfiz tu nak bayar 4.3 juta tu? Jgn declare bankrupt dah la ye. Kesian family mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Kejar akhirat je. Ilmu dunia tinggal. Patut seimbang. Ilmu keselamatan pon xde. Babik sangat la. Kalau bomba tak bagi cf dan orang lain bising, dipanggil liberal pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mangsa & keluarga mangsa mendapat keadilan... |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 23-9-2018 02:52 PM
Akak senyum sinis jah tengok ummah pakat kena cash akibat dok lahap agama arab laknatullah ni dekkkk ...
Satu hari kau pulak lumpoh mohon engkau ingat la kepuasan yang engkau ungkapkan hari ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hutang wajib dibayar yer Datuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|