Kerajaan disaran membina satu muzium khas untuk mempamerkan semua beg tangan yang didakwa milik isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang dirampas pihak berkuasa pada Mei lalu.
Kredit foto: carian internet
Memetik laporan Berita Harian, cadangan itu dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin ketika berucap pada Majlis Sepetang bersama penduduk Parlimen Titiwangsa semalam di ibu negara.
Tambah beliau, muzium khas itu dicadangkan dibina di atas tapak projek Bandar Malaysia bersama satu taman bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara.
“Kalau boleh, saya nak cadangkan di pangkalan udara itu (Bandar Malaysia) dijadikan taman supaya orang Kuala Lumpur boleh berkelah di situ."
“Nanti kita juga buka satu muzium, kita letak beg tangan Datin Seri Rosmah Mansor, supaya satu dunia boleh datang tengok,” katanya disambut gelak tawa hadirin.
Mengulas lanjut mengenai Bandar Malaysia ketika membincangkan tanah kerajaan di Kuala Lumpur yang secara tidak betul dijual di bawah pentadbiran BN terdahulu, Tun Daim berkata hal tersebut telah dibawa kepada perhatian SPRM dengan matlamat supaya kerajaan dapat mengambil semula tanah itu.- CARI
Sambil-sambil tu tayang kan video ceramah Anwar, Mat Sabu, Rafizi tentang kekayaan anak-anak Perdana Menteri ke-7. Dan tak lupa tayangkan sekali video kenyataan PM ke-4 tentang tabiat seks Anwar. Amacam Daim, setuju tak?
itu je level cadangan presiden majlis penuhsihat kera-jaan....prffhhhhh
ingatkan nak bantu ekonomi malaysia,takat bagi cadangan bina muzium,bagi cadangan buat kutipan tin milo,tu level lobai la dol
ni saja ka level sarcastic ex menteri kewangan yg konon berdehem saja, ringgit naik tu?
please laa tokwan daim... dok diam2 jelah. dah tua2 ni, bawak2 beribadah. mcm la org xtau ceta hang juai beli kerang dgn tooooooot tersebut.
maksud bro yang sino atrial node tu ka? kalau betui sains tu padu dan ampuh...kita manusia tak perlu nyawa tetapi hanya perlukan pacemaker untuk hidup seberapa lama yang boleh...tapi walaupun ada pacemaker..mati itu pasti.....wakakakakakkaka