|
|
Gara-gara satu entri di Instagram, David Teo pula menjadi mangsa kecam netizen.
Penerbit filem Malaysia ini memuat naik gambar yang memaparkan Shaheizy Sam bersama anaknya, Syeriv Samheizy.
Di sebelahnya pula gambar pelakon Hairul Azreen dengan anaknya, Yusuf Iskandar.
Tertulis di gambar tersebut adalah, 'Mana Satu Paling Comel?' disertakan dengan kapsyen, 'Kiri atau kanan'.
Mungkin niat David hanya sekadar suka-suka, namun tak sangka ia telah menimbulkan kemarahan ramai pengikutnya.
Kata mereka, tindakan David adalah salah kerana tidak sepatutnya membandingkan kedua-dua kanak-kanak tersebut.
"Soalan yang tidak boleh diterima akal...subjektif, pilihan masing-masing. Jangan tanya soalan begini.," antara komen yang diterima.
Apa pun terpulanglah kepada setiap individu untuk memandang soalan tersebut dari sudut positif atau negatif.
Masing-masing mempunyai citarasa dan pandangan tersendiri. Tak begitu? -CARI
|
|