CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1144|Reply: 2

[Tempatan] 7 Pelajar sesak nafas akibat terhidu gas ammonia

[Copy link]
Post time 16-8-2018 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Tujuh orang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang, di Shah Alam yang terletak bersebelahan dengan kilang ais yang mengalami kebocoran gas ammonia pagi tadi, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit tekak dan sesak nafas.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata empat daripada pelajar berkenaan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang manakala bakinya dihantar ke Hospital Shah Alam.

“Kesemua mereka kini berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi Bernama di Shah Alam.
Berikutan kejadian itu, sesi persekolahan di sekolah itu terpaksa dibatalkan.

Pengetua sekolah, Lin Peck Poh berkata beliau mengesyaki berlaku kebocoran gas berbahaya berkenaan pada kira-kira pukul 6.30 pagi dan mengarahkan semua pelajar dan guru supaya pulang kerana risaukan keselamatan mereka.

Bau kuat

"Masa itu ada bau sangat kuat macam hari Isnin lepas, untuk keselamatan saya suruh pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri untuk pulang dan mana yang tiada kenderaan kita bawa mereka ke sebuah restoran makanan segera di kawasan ini untuk menunggu ibu bapa mereka datang ambil," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian pada Isnin lepas, dua pekerja warga asing kilang berkenaan maut manakala 18 yang lain dimasukkan ke hospital selepas terhidu gas ammonia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamarudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengetua sekolah berkenaan pada kira-kira pukul 7 pagi dan mengarahkan 16 anggota bomba termasuk lima anggota Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) bergegas ke lokasi.

"Siasatan awal kami mendapati kebocoran berlaku di dalam kawasan kilang dan belum merebak ke kawasan sekitar, bacaan tahap gas ammonia dalam udara di dalam kilang adalah pada kadar 200 ppm (part per million) dan di luar kawasan kilang pada 10 ppm berbanding bacaan normal 50 ppm," katanya.

Tambah Azmel pemilik kilang juga menyatakan bahawa kilang berkenaan tidak beroperasi selepas diarahkan tutup oleh Majlis Bandaraya Shah Alam pada Isnin lepas dan bomba sedang giat mencari punca kebocoran lain pada mesin di kilang itu.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Uish
Gws wahai adek adek sekelian...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam takde je keluar thread pasal pekerja kilang ais tu yang meninggal 2 orang tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18374 Replies : 21
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14079 Replies : 19
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 1512 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16429 Replies : 136
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28584 Replies : 130
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 3739 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 11:52 AM GMT+8 , Processed in 1.468652 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list