Anak-anak adalah pelengkap kehidupan bagi pasangan suami isteri. Tidak dapat dinafikan, membesarkan anak-anak adalah satu cabaran yang besar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Jadi, kadang-kala ibu bapa akan penat dan pening kepala melayan karenah anak-anak yang semakin bijak berfikir dan panjang akal.
Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang kejadian lucu dan sangat mencuit hati gara-gara perbuatan seorang anak terhadap ibunya yang dikatakan sedang solat. Gambar yang diambil telah tular di media sosial dan menjadi hiburan buat netizen.
Netizen ketawa terbahak-bahak
Ramai netizen yang tidak dapat menahan gelak setelah membaca status yang ditulis oleh ayah kanak-kanak tersebut. Lebih-lebih lagi melihat gambar si ibu yang masih bertelekung solat memakai bakul di atas kepala gara-gara perbuatan anaknya.
Ada yang pernah kena dengan adik sendiri
Jangan tak tahu, sebenarnya ramai juga netizen yang pernah terkena dengan kejadian sebegini. Ada yang dilakukan oleh anak-anak dan ada yang dilakukan oleh adik sendiri.
Si ibu mampu menahan daripada ketawa
Netizen juga kagum dengan si ibu yang mampu menahan untuk tidak ketawa walaupun diusik sedemikian rupa oleh anaknya. Jika netizen berada di tempat si ibu, pasti sudah batal solatnya kerana tidak mampu menahan gelak.
Penerangan daripada pemilik asal status dan gambar
Rupanya, ini cerita sebenar daripada pemilik asal status dan gambar yang tular itu. Sebenarnya si ibu sudah selesai solat dan sedang berzikir ketika itu. Mungkin kerana sudah biasa diusik oleh anak kesayangannya itu, si ibu membiarkan sahaja perbuatan anaknya malah si ayah pula merakam kejadian yang berlaku sebagai kenangan mereka sekeluarga.
Anak-anak sentiasa menjadi pengibur kepada kedua ibu bapa mereka. Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi untuk membesarkan mereka dan melihat mereka berjaya. Yang penting, jangan terlalu keras dalam mendidik tetapi wujudkan suasana yang ceria dan gembira. Setuju tak? - CARI |