|
|
sumber : carian internet
Tujuh individu yang disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas termasuk seorang yang mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong berjaya ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu operasi benteras pengganas.
Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan penangkapan tersebut.
"Operasi tersebut dijalankan di sekitar Terengganu, Selangor, Perak dan Johor antara 12 Julai hingga 17 Julai lalu, " tambah beliau. |
|