Asakan penyokong Najib: AG batalkan sidang media
https://www.malaysiakini.com/news/432650
Diterbitkan 4 Jul 2018, 1:26 petang | Dikemaskini 4 Jul 2018, 1:30 petang
Asakan daripada kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Najib Razak di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini menyaksikan Peguam Negara,Tommy Thomas membatalkan sidang medianya.
Sidang media itu diadakan selepas bekas perdana menteri itu didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta di mahkamah sesyen dan dibacakan terhadapnya sekali lagi di mahkamah tinggi.
Penyokong Najib mula bersorak ‘bahasa Melayu’ ketika Thomas mula memberi kenyataan kepada wartawan dalam bahasa Inggeris. Susulan itu, polis menahan beberapa individu atas dakwaan melakukan provokasi terhadap media dan pihak berkuasa. |