Barisan peguam UMNO diarahkan Naib Presiden parti itu untuk memfailan rayuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyahbekukan sebahagian akaun UMNO.
Foto: IG Zahid Hamidi
Memetik Astro AWANI, naib presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk serta Pemilihan Parti peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi bagi penggal 2018/21 berkata, mereka memerlukan wang berkenaan bagi menampung perbelanjaan seperti urusan pentadbiran parti.
“Ia telah dikemukakan oleh Setiausaha Agung (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor) kepada pihak SPRM dan kita harap SPRM memberikan pertimbangan sewajarnya kerana tentunya kita mahu supaya gaji, sewaan dan kos-kos pentadbiran lain dapat terus diberikan pertimbangan kerana ianya bukan digunakan untuk tujuan lain,” katanya.
Media, sebelum ini melaporkan SPRM telah membekukan beberapa akaun milik individu serta organisasi termasuk UMNO yang dipercayai terbabit dengan skandal 1Malaysia Deverlopment Bhd (1MDB).
Sementara itu, BERNAMA melaporkan Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan tindakan akaun UMNO pusat dibekukan SPRM.
Foto: BERNAMA
"Sebab apapun, UMNO tidak bersalah. Kalau individu yang bersalah, ambillah tindakan kepada orang yang berkenaan. Jangan ambil tindakan kepada UMNO, jangan ambil tindakan kepada parti politik sebab parti politik ada ahlinya dan berfungsi dalam sistem demokrasi.
"Kita ada tanggungjawab kepada rakyat yang perlu dilaksanakan, bukannya kita wujudkan parti politik untuk suka ria. Kita ada tugas yang berat," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan, hari ini. - CARI
Post time 30-6-2018 04:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by karlnurani at 30-6-2018 05:11 PM
nyanyi la lagu , anak kecil main api tu ramai2 please , lagi ni pun sesuai jugak wak ponorogo
KAMI PENYAMUN
(Siul)
Hoi!
Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak, mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang boleh ku bawak lari
Kami penyamun
Penyamun
Lalala...
Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun cukup berilmu kebal
Pasal mencuri terkenal paling handal
Ayam dan itik semua kami bedal
Siapa mau lawan ku tunjal-tunjal
Kami penyamun
Penyamun
Post time 30-6-2018 04:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
samasam90 replied at 30-6-2018 03:38 PM
kesian mu wak.. hanya keran statement duit itu duit umno, habis terpalit dgn 1mdb
duit parti simpan di rumah ratus juta- ok tu duit pilihanraya katanya,dan dan geng umno claim tuntutan.
duit dalam akaun kena block- hilang punca duit pelincir parti. longgok la duit duit yang pemimpin umno ada simpan kat rumah, mana la tau, semua cerdik macam najib, ntah ntah lagi banyak bila dikumpul dari nilai rampasan di rumah najib
Post time 30-6-2018 06:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aikk. Bayar sewa. Uncle aku punya pejabat setahun tak bayar sewa sampai kena bawak court case. Depa nak bincang atas nama parti jangan aniaya melayuk katanyaaaa. Uncle aku ni lembut hati. Aku yg suruh depa berambus.