CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6833|Reply: 38

'Common Sense' Di Hari Raya - Jagalah Mulut Dan Perangai Tu Nanti Ya..

[Copy link]
Post time 28-5-2018 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pastinya mengundang kegembiraan buat umat Islam yang berjaya mengharungi cabaran Ramadan. Apatah lagi istilah 'balik kampung' sendiri menjadikan tradisi itu tidak pernah lapuk dek zaman.


Bertemu ayahanda dan bonda, sanak-saudara serta rakan taulan yang sudah lama tidak bertentang mata antara yang menjadikan perayaan itu semakin dinantikan. Namun sejauh mana anda memahami apa yang boleh dan tidak ketika berkunjung ke rumah saudara untuk beraya? Yang lebih penting, bila bersama adik-beradik dan ipar duai di bawah satu bumbung, adakah anda prihatin dan sensitif dengan keperluan orang lain?

Anna Soeraya di Twitter berkongsi perkara yang jadi kebiasaan turun temurun tetapi patut difikir secara rasional oleh semua pihak. Ada 4 perkara yang perlu diambil berat iaitu apabila sudah makan, hendaklah membasuh sendiri. Maksud tersiratnya adalah jangan biarkan pinggan anda disingki dengan harapan menunggu adik-adik membasuh bagi pihak anda.




Menariknya, ramai pula netizen yang menyambung senarai tersebut. Bermula dengan nombor 5 hingga ke nombor 12. Cantik pula susunan nombornya.







Ada betulnya kata mereka. Ini kerana perkara yang sama berlaku saban tahun seperti pertanyaan 'bila nak kahwin, bila nak ada anak' dan sebagainya menjadikan ia satu 'cliche' dan membosankan kepada empunya badan yang ditanya.

Yang ini pesanan khas kepada keluarga bandar yang balik ke kampung untuk mengemas sebelum pulang ke rumah sendiri. Ada yang terasa ke?




Malahan ada yang siap berpesan kepada anak-anak supaya tidak membuka sampul duit raya di hadapan tuan rumah lalu bercakap jumlah yang ada dalam sampul tersebut. Secara tersiratnya, jaga anak-anak sendiri supaya berperilaku baik di rumah yang dikunjungi bukannya membiarkan mereka sesuka hati keluar masuk bilik rumah tersebut.






Juga pesanan untuk menjaga mulut sendiri daripada berkata-kata perkara yang tidak menyenangkan tuan rumah, misalnya bercakap tentang kuih raya yang sikit dan sebagainya.





Ada juga pesanan masyarakat yang kita acap kali terlepas pandang iaitu bertanya soalan sensitif kepada anggota beruniform iaitu polis.





Lagi pesanan yang sangat 'deep' iaitu apabila beraya di rumah orang, janganlah asyik menghadap telefon hinggakan terlupa untuk berkomunikasi di alam realiti!




Namun, ada yang menyatakan senarai tersebut sebenarnya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama adik beradik. Apatah lagi bagi yang telah kehilangan ahli keluarga, mesti akan teringat kenangan manis sebegini.



Foto : Rojak Daily


Walau apapun, jaga diri dan keluarga anda supaya raya tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2018 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo begitu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 01:57 PM | Show all posts
Harap jgn tanya aku bila nak tambah anak
apa ingat aku Tuhan ke boleh tau bila nak jadinya
hampeh betul..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
yang selalu bertanya mohon ditanya dah temui jalan ke kubur?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 02:50 PM | Show all posts
setuju sangat terutama bab buka sampul duit raya dan komen nilai duit dalam sampul. pengalaman sendiri :

raya ke 2 2017


i : nah A duit raya dari aunty

A : alah 5 ringgit je .  lain kali bagi lah rm50 baru best

nak je i cepuk budak tu , tp mak bapak dia ada.

i mmg bagi duit raya rm 5 for every kids yg mai umah i ( duit rm1x5)

si A nie anak sedara i and this girl mmg spoil bart ( top to toe branded stuff)


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aku xpernah bertanya and selalu ditanya soalan cepumas mcm bila nak kahwin

Aku rasa mcm OK jer soalan tuuuu
Sbb bukan jumpa selalu
Nak start conversation maybe xde topic
So theyols tanya la soalan2 mcm tu ........

Tapi bab yang jadi raja bila datang bertandang tu mmang betul rasa nak carut kadang2 ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2018 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha lucu, jgn ambil hati soklan2 makcik2 bwg, adik2 bwg, abg2 bwg..masa rayalah nk mengeratkan silaturrahim..bergurau senda, bertukar cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Komfem soklan cepumasperakgangsa ialah "bila nak kawin".....bkn stkt macik2,pacik2,kezen2 kecik besar mmg akan tny...pstu y kezen laki sebok ajak main game ngn dorg..and then paling kurg best ialah nti kena basuh pinggan..my nenek ni xnak gune pinggan kertas whatsoever,katanya byk pggan dia beli,so guna y tu..

Dia x pk y penat tu cucu dia y blm kawin laa..y jd mak budak semua konon2 nk jaga suami ngn anak,ngelat drpd bt keje...pstu sebok duk arah2 org bt keje..kalau x pegi tlg,mmg kena sindir ler...hrpnye dpt ler thn sabar,last year raya dah bg sedas dkt kezen2 y bajet mak2 tu..shit much!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2018 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu pesan kt anak2 tu kalo dtg rumah org jgn pandai2 nk cr remote tv pastu tukar2 channel kartun la, movie la lg2 masa tusn rumah tgh syok layan drama melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn ajak org sembang politik... kang past midnight xreti2 nak balik
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 28-5-2018 09:50 PM
Komfem soklan cepumasperakgangsa ialah "bila nak kawin".....bkn stkt macik2,pacik2,kezen2 kecik besa ...

Setuju sangat2 uols.. I ni dari tahun gajah membawak ke tahun ni, asal ada event family je muka iols la yang kena bersilat cekak silat gayung bagai dalam rumah tu... Alasannya iols cucu perempuan sulung a.k.a paling tua dalam family. So kene la buat keja yang ada. Walhal cucu cucu pompuan lain tu bukan la kecik lg.. dah baya mak mak orang pun.. cucu cucu lelaki pulak keje melengkor depan tv cukup masa makan lepas tu tinggal pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki... benci much..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 07:17 AM | Show all posts
paling sokong part tolong kemas rumah sebelum balik ke tempat asal masing2. bayangkan kalo yang tinggal last sekali mak dan ayah je. anak2 semua pakat balik ke tempat keje masing2. kesian org tua berdua tu nak mengemas segala jadah yang digunakan sepanjang perayaan.

tambah point: jangan lupa hulur2 duit utk tampung perbelanjaan sepanjang percutian dikampung halaman. fikir sikit mak ayah yang dah tua tak kerja tu. mana ada duit nak tanggung kos makan, elektrik, air, perkakas bilik air yang korang beramai ramai guna masa balik kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 10:16 AM | Show all posts
Jangan datang beraya kalau dah lewat malam sangat tuan rumah pastinya dah penat elok sambung esok je kalau nak datang beraya.  Satu lagi kalau boleh elakan datang dalam satu rombangan time nak beraya kadang kelam kabut juga tuan rumah dibuatnya kalau sekali datang 4 -5 kereta setentak,
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
misssakura replied at 29-5-2018 07:17 AM
paling sokong part tolong kemas rumah sebelum balik ke tempat asal masing2. bayangkan kalo yang ting ...

Betul tu miss. Saya ni duduk rumah pusaka. Setiap adik beradik ada bilik masing2. Bayangkan sebelum orang nak balik kemas, dah balik pun kena basuh semua cadar, sarung bantal & tuala dari setiap balik. Yang tinggal baju seluar segala. Dah la ramai budak2. Anak2 muntah & terberak kena selimut cadar pun dibiarkan kita yang bersihkan! Toilet tinggal tunggang langgang. Bukannya kita mintak kemas macam kat hotel sebelum balik tu. But at least ada effort la utk mengemas bilik yang dah guna tu. Especially bila muntah and najis tu paling i takleh tahan. Ewwww. Tak senonoh
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
I tak kena dgn sedara mara, tapi kena dgn adik beradik sendiri.

"Bila boyfriend kamu tu nak masuk meminang?"
"Dia taknak kahwin ke?"

Mana la I tau apa dia nak. Kalau berjodoh dan sampai masanya, nanti kahwinlah.

That's why every time raya je, I duduk dlm bilik sebab malas nak melayan diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 12:01 PM | Show all posts
bab telefon..ngan mak pak terutamanya...tinggal dulu kjap..blk kg jarang2..mereka nak share cerita
tp ank2 duk sibuk ngan hp masing2..kecik hati mereka

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
handbagpink replied at 29-5-2018 07:15 AM
Setuju sangat2 uols.. I ni dari tahun gajah membawak ke tahun ni, asal ada event family je muka io ...

Ai bkn cucu sulung tp sbb blm kawin lg,dats wai diarah bt keje..ai xkesah tp pantang bile mak2 muda ni menyuruh tp dorg x bt n mak2 tua ni bekap sbb dorg kena uruskan suami ngn anak2...mcm ler xley bjauhan kjp drpd somi tu..kalau xnk bt keje,just duk diam xyah arah2 org..hati sy bknnye putih,lama2 berkarat sbb xsuka dgn perangai dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 05:30 PM | Show all posts
Sebagai antertu, pastinya soalan bila nak kawin akan muncul. Xpelah. Den reda jer. Pakcik-makcik den semua dah berambut putih. Anggap soalan mereka sebagai rasa ambil berat je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 05:55 PM | Show all posts
Makcik : ko tu bila nak kawen
andalusia : blom jodoh
makcik : klu tak cari mana nk dpt jodohnya
krikkrikkrik
andalusia : makcik dah cari kubur belom, klu terlambat ssh nkdpt area sini cik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 29-5-2018 03:55 PM
Ai bkn cucu sulung tp sbb blm kawin lg,dats wai diarah bt keje..ai xkesah tp pantang bile mak2 mud ...

I wonder, dia orang tu semua tak rasa apa-apa ke hatta secebis rasa malu dan segan. Udoh la single, yet just stay di meja makan tunggu orang hidang bagai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.069076 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list