Hari ini merupakan hari pertama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertugas secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Foto: Twitter Dr Wan Azizah
Kelihatan sopan dan merendah diri sahaja orangnya. Mungkin sebelum ini ramai tidak menyangka wanita berbaju kurung dan bertudung itu mampu menjadi TPM wanita pertama Malaysia.
Sesungguhnya rakyat jelata turut sama berbangga dengan kejayaannya itu. Masakan tidak? Bangga rasanya apabila ada wanita memegang tampuk kepimpinan negara.
Kejayaan Dr Wan Azizah Wan Ismail ini sememangnya menjadi inspirasi buat semua terutama golongan wanita.
Apa yang lebih mengangumkan adalah beliau seorang yang profesional dalam menjalankan tugas, namun dalam masa sama tidak melangkaui batas hukum pergaulan.
Perasan tak Dr Wan Azizah selalu pakai sarung tangan?
Foto: Twitter Malaysia Kini
Ramai menghormati wanita hebat itu kerana mesra dan bersalaman dengan orang ramai, namun tetap menjaga batas bukan mahram dengan memakai sarung tangan.
Foto: Twitter Dr Wan Azizah
Malah, ada netizen sempat berseloroh meminta pereka fesyen mereka sarung tangan untuk TPM kita!
Foto: Twitter
Hebat, Dr Wan Azizah! Dia tahu tugasnya akan memerlukan dia bersalaman dengan orang ramai, maka dia sudah bersiap sedia memakai sarung tangannya. Respek! - CARI |