Sukar untuk menjadi Adi Putra. Aktor yang penuh rencam dan liku dugaannya. Manakan tidak, kontroversi tidak pernah surut dalam kamus hidupnya.
Setelah mendapat kerakyatan Malaysia dan boleh mengundi, Adi berani menyatakan pendiriannya yang menyokong Barisan Nasional (BN), siap dengan tanda pagar #hebatkannegaraku serta sentiasa mengemaskini akaun Instagramnya dengan menonjolkan pemimpin BN.
Pengakuannya ini umpama makan diri kerana ramai yang menyampah dengan kata-kata tersebut, seolah-olah membodek kerajaan sebelum PRU. Apatah lagi ramai yang pelik bagaimana penduduk tetap boleh mengundi?
Pelbagai kecaman dan kata nista diterimanya lalu ditelan tanpa jawapan. Terbaru, Adi memuat naik gambarnya yang berdoa di Masjid Nabawi, Madinah Munawarah dengan mendoakan kebaikkan kepada semua Muslimin. Biarpun digelar lalang atau macai, dia akan terus berjuang demi agama dan bangsa.
Foto : IG Adi Putra
Ramai yang terkesan dengan doa yang dibacakan Adi Putra lalu meminta Adi bersabar dengan kerenah manusia yang tiada adab.
Mungkin Adi terkesan dengan pendapat netizen yang agak sangsi dengan kerakyatannya hingga membolehkan Adi mengundi. Ini kerana sebagai penduduk tetap (dahulunya warga Singapura), Adi sepatutnya memegang ic merah bukannya kad pengenalan biru. Ini membuatkan ramai yang merasakan Adi menggunakan saluran tertentu bagi membolehkannya mengundi.
Namun, Adi tidak membalas sebarang komen netizennya walaupun diasak bertalu-talu dengan komen terbaru yang mengatakan Adi sengaja ke Madinah lalu menunjukkan gambarnya beribadat.
Ada sahaja komen netizen yang tidak berpuas hati kan?
Namun diharapkan sempena Ramadan yang bakal kunjung tiba, makcik atau adik-adik bawang diharapkan dapat menjaga mata, mulut dan jari daripada berkata atau menulis kata-kata yang tidak elok atau menyakiti hati sesama saudara. - CARI |