Dua Lipa Betul-Betul Ada Dua!
Instagram @dualipa dan @darrenchoy1
Kalau anda belum tahu, penyanyi berasal dari Albania, Dua Lipa kini berada di Kuala Lumpur bagi siri jelajah Self-Titled bertempat di KL Live, Kuala Lumpur malam ini. Menikmati bandar Kuala Lumpur sebelum konsertnya malam ini, nampaknya Dua Lipa berkesempatan meluangkan masa berjumpa 'Dua Lipa', sebuah muralnya yang terletak di Stesen LRT Dato Keramat, Kuala Lumpur.
Akhirnya mereka bertemu!
Tulis Dua Lipa di dalam Instagram Storynya, "found this mural in Kuala Lumpur!! Hi!!!"
Mural Dua Lipa di LRT Dato Keramat
Baru tiba dari Kuala Lumpur selepas menghabiskan siri jelajahnya di Hong Kong, dia juga berkongsi gambar sedang menikmati makan malam di Jalan Alor, Bukit Bintang malam tadi.
|