CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1241|Reply: 5

Menipu, Pelajar China Upah Orang Ambil Ujian TOEFL

[Copy link]
Post time 4-4-2018 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Wanita China mengaku bersalah pada Isnin atas tuduhan menipu dalam peperiksaan memasuki kolej.


Memetik South China Morning Post, Huang Leyi menggunakan orang lain untuk memasuki universiti di Amerika Syarikat.




Foto: SCMP




Dia merupakan individu terbaru berbuat demikian ketika siasatan di Amerika Syarikat membabitkan pelajar antarabangsa yang menipu dalam peperiksaan.


Menurut rekod mahkamah, Huang, 21, belajar di Universiti Pennsylvania menggunakan visa pelajar, mengaku bersalah di mahkamah persekutuan di Boston kerana bersubahat menipu AS.


Menurut pendakwa, pada Mac 2016, Huang mengatur supaya orang lain menduduki tempatnya untuk mengambil peperiksaan bahasa Inggeris, TOEFL yang digunakan untuk menilai pemohon asing, selepas dia gagal meraih markah minimum bagi kemasukan ke universiti berkenaan.




Gambar Hiasan




Tertuduh berdepan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan Hakim Dennis Saylor selepas dia bersetuju dihantar pulang.


Menurut dokumen, Huang mengaku membayar seseorang sebanyak ASD 3,000 (RM11,361) untuk mengambil peperiksaan TOEFL bagi pihaknya dan menurut arahan broker, menghantar pasport China miliknya kepada alamat di Massachusetts.


Pasport berkenaan digunakan Wang Yue, pelajar China di Sekolah Perniagaan Antarabangsa Hult di Cambridge yang dikatakan pendakwa mengambil peperiksaan berkenaan bagi pihak Huang.


Malah, dia juga berbuat demikian bagi sekurang-kurangnua dua lagi wanita China yang mahu memasuki universiti di AS.


Memandangkan China semakin maju, semakin ramai pelajar negara itu memasuki universiti di AS kerana tertarik dengan prospek pendidikan berprestij Amerika dan tawaran kerja menarik. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2018 02:06 PM | Show all posts
Inspired by mike ross ke camana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2018 02:15 PM | Show all posts
kemain nak masuk ivy league..tp menipu
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2018 02:21 PM | Show all posts
ni mesti spesis cina bukit bodo speaking tapi orka..cam toklip la, ponen peghak tpi orka
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nothing new from those china ppl!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2018 03:10 PM | Show all posts
mcm cerita bad genius.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.187852 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list