Bermain itu lumrah dan hak anak-anak yang tidak sepatutnya kita halang lebih-lebih lagi yang berusia 5 tahun ke bawah. Umur kanak-kanak waktu itu sebenarnya belajar lebih banyak dan lebih baik ketika mereka bermain kerana ia dapat merangsang otak agar berfungsi dengan baik dan tubuh mereka lebih cergas. Walaupun anak-anak perlu dibiarkan bermain, ia tetap perlu dipantau sama ada kemungkinan bahaya yang bakal menimpa atau berlaku sesuatu yang akan menyusahkan orang sekeliling.
Seorang pengguna Facebook, Mohamad Feroz Zaini mengulas kisah dua beradik yang bermain dicelah-celah baju jualan sehingga railing besi runtuh. Status asal tersebut dimuat naik oleh seorang wanita beberapa hari yang lalu. Sepatutnya, apabila ibu bapa membawa anak-anak keluar di tempat awam, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan kelakuan anak-anak terkawal dan juga berada dalam keadaan selamat.
Kalau macam ini la sikap suami, isteri nak pilih baju pun tak senang. Minta jagakan anak-anak sekejap pun tak boleh.
Kalaulah railing besi untuk sangkut baju-baju itu jatuh tertimpa anak-anaknya, pasti si penjual juga yang dipersalahkan.
Netizen masing-masing berasa geram dengan sikap si bapa yang tidak mengawal anak-anaknya. Dia langsung tidak menghiraukan kelakuan anak-anak walaupun sudah ditegur tetapi asyik dengan telefon pintarnya. Untunglah, ada netizen yang jurujual kat kedai boleh jaga dan layan anak-anak ketika tengah pilih baju tapi tak semua kedai macam tu.
Benarlah komen netizen ini. Malang tidak berbau. Anak-anaknya bernasib baik kerana tidak ditimpa railing besi tersebut. Bagaimana pun, jika si bapa terus bersikap sambil lewa terhadap anak-anak ketika berada di tempat awam, kemungkinan akan berlaku tragedi yang tidak diingini.
Anak-anak adalah amanah yang wajib dijaga dan memastikan keselamatan mereka. Sekiranya tiada perkara penting, simpan dulu telefon pintar dan perhatikan aktiviti anak-anak ketika berada di luar agar mereka tidak mengganggu orang lain atau meletakkan diri mereka dalam keadaan yang membahayakan. - CARI
|