CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1760|Reply: 12

30 Tahun Sorok Mayat Ibu Sendiri

[Copy link]
Post time 28-2-2018 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita menyimpan mayat ibu sendiri di dalam pangsapuri miliknya selama tiga puluh tahun.


Mayat wanita yang lengkap berpakaian putih , stoking hjau dan kasut biru itu ditemui di sebuah rumah di Bandar Mykolaiv, Ukraine.


The Mirror UK melaporkan, polis membuat penemuan ngeri itu dalam sebuah bilik terkunci yang penuh dengan longgokan makanan busuk, surat khabar lama dan sampah sarap.

Foto: east2west news


Menurut sumber, jiran-jiran menyifatkan wanita berusia 77 tahun tersebut sering menyendiri di dalam rumah memandangkan dia mengalami lumpuh di kaki.


Polis dalam kenyataannya berkata, "Untuk menyelamatkannya, rumah itu perlu dipecah masuk. Kami menemui wanita itu duduk di atas lantai, dikelilingi sampah dan tidak dapat berjalan.


Bagaimanapun sewaktu membuat pemeriksaan ke bilik lain, polis menemui rangka seorang wanita yang dipercayai mayat ibunya."


Sebelumnya, jiran-jirannya memberitahu yang wanita tersebut tidak mahu bercakap atau membuka pintu rumah langsung.


"Bagaimanapun, jiran-jiran masih menghulurkan bantuan dan meninggalkan makanan di luar pintu rumah.


"Tidak siapa yang menyedari bahawa selama ini pesara itu tinggal di rumah berkenaan bersama mayat ibunya." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2018 11:04 AM | Show all posts
kesiannya.. kenapalah menyendiri mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 12:12 PM | Show all posts
tak busuk ke mayat tu.. maksudnya dulu-dulu la waktu proses penguraian... takde orang terbau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 12:14 PM | Show all posts
takziah...
msti dia nk jaga ibunya smpai mati
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 12:25 PM | Show all posts
batmana replied at 28-2-2018 12:14 PM
takziah...
msti dia nk jaga ibunya smpai mati

selepas mati pun jaga
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 12:28 PM | Show all posts
maknanya mak dia meninggal masa umur dia 47..mak oi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2018 12:33 PM | Show all posts
Tak ada duit nak uruskan dan malu nak mintak bantuan gaknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 04:37 PM | Show all posts
kesiannya macik tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2018 12:01 PM | Show all posts
ini  mungkin kemurungan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyendiri pastu lumpuh di kaki.
Macam mana dia sustain hidup tu agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan. Dan pada masa yang sama, agak mengerikan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:33 AM | Show all posts
Mcm cite Psycho Alfred Hitchcock

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:36 AM | Show all posts
30 tahun lama tu

jejiran buat apa selama 30 tahun tu

takkan takde sesi kunjung mengunjung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:10 AM GMT+8 , Processed in 1.020152 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list