Netizen Malaysia marah! Kenapa suka tularkan orang kurang bijak yang melakukan perkara-perkara bodoh untuk menjadi popular?
Lebih marah bila wujud pula program televisyen seperti Motif Viral yang bersiaran di Astro, menjemput golongan sebegini datang untuk ditemuramah.
Rancangan ini memang banyak kali dikecam, dengan ramai yang mendakwa pengacaranya mulut 'laser' dan dilabel 'syok sendiri' ketika mengacara.
Foto: Facebook
Bila ada benda viral macam Awek Cendol baru-baru ini, apa lagi! Pastinya Motif Viral akan jemput datang ke set.
Susulan itu ramai yang tidak berpuas hati. Soalan sama,Kenapa suka tularkan orang kurang bijak yang melakukan perkara-perkara bodoh untuk menjadi popular?
Bengang dengan perkara tersebut, akhirnya penerbit Motif Viral, Hazeman Huzir memuat naik status bersuara tentang rancangan yang diterbitkan ini.
Rata-ratanya bersetuju dengan status penerbit tersebut yang netizen sebenarnya hipokrit. Bila undang orang yang boleh berilmiah dan memberikan inspirasi, ramai yang tidak menonton.
Namun ada juga yang mengharapkan agar rancangan ini dihapuskan sama sekali kerana mencerminkan sisi buruk rakyat Malaysia dan langsung tidak membawa faedah.
Lain orang, lain minatnya. Anda pula macam mana? -CARI
Post time 26-2-2018 01:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebenarnya pada kita pengisian rancangan ini seimbang. Ada kalanya kisah inspirasi juga dimuatkan. Contohnya kisah adik yang dapat bertemu pelukis komik yang beliau minati, hasil inisiatif rancangan ini juga.
Adik tersebut sangat bagus kerana setiap hari beliau akan datang ke kedai buku yang sama dan meminta izin untuk membelek kulit buku komik kegemarannya, Lawak Kampus. Minta izin ya, bukan terus masuk melulu pegang.
Akhirnya pemilik kedai yang maklumkan ibu adik tersebut. Lantas virallah video ibunya memberikan kejutan buku komik yang diidam-idamkan itu.
awek cendol tu kes apa
mmg x tau n x tengok pun
mmg nmpak org viral psal ni tp x tau pe benda alahnya..
slot motif viral kat tv ni la la x pernah tengok
memang bangang up kan benda bangang.. pastu meroyan bila org persoalkan.. ko sendiri pun gaya tak semenggah.. motip viral tu aku rasa tengok masa rani kulop tu je.. tu pun kat fb.. hahah.. takat jd bahan gelak je boleh la.. tp klu setiap episod semua benda bangang je ko isi bangang la semuanya.. puiii..
yg twiter mamat f+u=v tu cakap aku setuju.. sekian
Post time 26-2-2018 03:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku layan jer motif viral. Kadang2 best, kadang2 x best.
Aku jugak layan video2 viral kat youtube. Contoh macam awek cendol ni. Mula2 tgk dah menyampah. Video2 dia yg lain, mmg x tgk dah. Mcm manja yg dibuat buat sbb nak glamer. Mmg sesuai pun dengan parodi babi tu.
sori x pernah tengok motif viral. pernah tertukar chanel masa rancangan ni ke udara, nampak hos yg tembam tu gelak mengilai, terus tukar channel. motif???. video awek cendol tu pun aku x tengok. dan x ingin tengok. mengada2
aku pnah tertengok sekali je. masa tu jemputan mamat yg sesat masuk alam bunian pastu puteri bunian ajak kawin.
tu pun sebab sibuk menjahit malas nak bangun ambik remote. hadap je la.