Pernah tak satu malam di hujung minggu, anda hanya ingin melepak di rumah sambil menonton televisyen, sambil menikmati aiskrim?
Tetapi aiskrim pula sudah kehabisan yang tak tahu pun siapa yang menghabiskannya.
Jangan bimbang, anda boleh cuba resipi turun temurun yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak sahaja (maklumlah zaman kanak-kanak, duit tak cukup nak beli aiskrim sebab dah dihabiskan dengan beli mainan).
Malahan ada netizen yang turut berkongsi pengalaman sama ketika masih kecil. Kenangan yang sungguh indah kata mereka.
Aiskrim kotak
Bahan - bahan :
1. Air kotak
2. Peti ais
Caranya :
1) Masukkan air kotak ke dalam peti sejuk bahagian beku.
2) Bekukan semalaman. Atau kalau nak cepat, tukarkan suis kepada 4 atau 5.
3) Potong bahagian atas kotak sebelum makan.
4) Siap!
Janganlah bandingkan aiskrim kotak dengan aiskrim Mat Cool, Nestle atau pun Mc Donald. Tapi ini pun sedap sebab air kotak kan air nya pekat, jadi setiap gigitan dipenuhi dengan rasa yang menggembirakan.