CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3916|Reply: 8

Beto Kusyairy Muak, Kritik Drama Cinta Melayu Semakin Bosan

[Copy link]
Post time 11-1-2018 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Memang tidak dinafikan, kebanyakan drama Melayu yang disiarkan di televisyen mempunyai konsep yang sama sahaja seperti kahwin paksa, cinta antara dua darjat dan kisah menyelamatkan empayar perniagaan seperti luahan Beto Kusyairy.


Foto: Carian Internet














Dia juga mempersoalkan sampai bila masyarakat kita perlu dihidangkan dengan cerita sebegini? Adakah jalan cerita sebegini yang benar-benar mahu disajikan kepada penonton?


Berdasarkan keluhannya  di laman twitter, dia menerima tawaran lakonan oleh beberapa produksi yang mempunyai sinopsis dan skrip dengan genre yang sama sahaja hingga menimbulkan rasa bosan.


Menurutnya, kisah romantis yang kerap disiarkan di kaca televisyen sebenarnya jauh dari realiti sebenar kehidupan masyarakat.


Rakan artis yang lain juga turut memberikan pendapat dan sokongan dengan apa yang disampaikan oleh Beto.








Tapi hakikatnya selagi ada yang menonton selagi itu genre seperti ini sentiasa ditayangkan untuk hiburan penonton.






Beto juga mengakui bahawa ada sahaja dalam kalangan rakannya tidak menyukai keadaan industri berterusan begini namun disebabkan ada keluarga yang perlu ditanggung mereka tiada pilihan demi sesuap rezeki dan hutang yang perlu dibayar.






Netizen juga bersetuju dengan kenyataan Beto dan tidak kurang juga ada yang memberi cadangan tentang keadaan ini.









Betul sangat apa yang Beto luahkan. Muak tengok genre sama sahaja. Stesen televisyen cuma nak untung sahaja! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dah ada ke?
Cait
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:53 AM | Show all posts
ko pun bosan aku nengok..berlakon muka sepesen aje,,mulut terjeluih kebawah sepanjang scene...kononla ko ni pelakon hebat,,,ptuihhh...muka serupa indon kontrak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama My Coffe Prince yg lgsung x cliche ( wpon adaptasi Korea ) korang kutuk pula..best kot gandingan kimia Fatah Janna.suka cara dorang bercinta dlm drama ni.kelakar.{:kil{:give
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah Steven tv satu tu hutang sampai rm171juta.... Cite kuar kat stesen tu sama je genre... pastu recycle kat tv stesen adik dia pulak... peninton muak... mcm mntah makin byk org tgk drama2  online je... senang cite
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
udah ada benangnya ni donggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2018 01:29 PM | Show all posts
Editor cari ni nak bukak benang yang sama sampai berapa kali?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 01:42 PM | Show all posts
bukan tak nak sokong, tapi dah memang banyak kualiti yang.. hmm.. entah la..

lemau..

so, bak kata orang, tak suka jangan tengok, amik remote, tukar channel, settle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Td macam dh terbaca benang ni, kt mana ntah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.042523 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list