CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4713|Reply: 20

Enam Roller Coaster Paling Mencabar Di Asia! Boleh Gugur Jantung, Tapi Serius Sy

[Copy link]
Post time 2-1-2018 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Bila sebut permainan yang mencabar ketika melawat taman tema pasti ramai akan memikirkan ia adalah Roller Coaster yang mampu menguji tahap keberanian seseorang.


Dengan pelbagai rekaan trek serta kelajuan setiap roller coaster di taman tema mempunyai perbezaan dan keunikan yang boleh memberikan pengalaman tidak dilupakan oleh sesiapa yang menaikinya.


Kalau anda suka permainan seperti ini untuk mencabar adrenalin maka boleh la mencubanya. Tak pernah cuba? Memang digalakkan sangat untuk mencuba.


Nah, jom tengok Roller Coaster yang dikatakan paling syok dan paling mencabar di Asia seperti yang dipetik dari laman sesawang Kaki Sini.


1. T Express - Everland, Korea Selatan



Foto: David Morton




Digelar Roller Coaster Kayu Nombor 1 di Dunia, T Express pasti membawakan anda keterujaan yang luar biasa.


Pemilik taman tema Everland ini membawa kelainan dengan menggabungkan dua ciptaan roller coaster iaitu Balder dan El Toro dalam T Express.



Setinggi 200 kaki dengan trek sepanjang 5,000 kaki T Ekpress akan membawa anda menjunam dengan sudut 77 darjah dan jeritan ketakutan, kepuasan semuanya becampur ketika itu.


2. Dauling Dragon - Happy Valley Wuhan, China



Foto - Gravity Group




Nak cuba tepuk tangan dengan penunggang sebelah trek tak ketika naik roller coaster?


Itu pun kalau kalau sempat untuk berbuat demikian kerana Dauling Dragon ini mempunyai dua trek bersudut 90 darjah.


Dauling Dragon berkelajuan 104km sejam dan mungkin boleh cuba berlaga bunyi jeritan sahaja kalau dah laju macam tu.


3. Formula Rossa - Ferrari World, Abu Dhabi



Foto - Driving




Mengambil idea daripada kereta Formula One, roller coaster ini merupakan salah sebuah permainan yang terletak di dalam Ferrari World, Abu Dhabi.


Jika anda mempunyai impian untuk merasai sendiri kelajuan kereta Formula One inilah peluangnya kerana hanya dalam 4 saat roller coaster ini sudah mencapai tahap kelajuan 239km.

4. Thunder Dolphin Roller Coaster, Tokyo, Jepun







Merupakan roller coaster kelapan tertinggi di dunia, Thunder Dolphin mempunyai ketinggian 260 kaki dan panjang trek 3,500 kaki.


Mengujakan bukan? Tidak cukup dari itu, roller coaster ini juga unik kerana bergerak melepasi sebuah banggunan dan bulatan Ferris Wheel.


Anda agak-agak berapa kelajuannya? Ha kelajuannya adalah 130 km sejam jadi apa lagi silakan cuba sambil terus menjerit.


5. Vanish Roller Coaster, Yokohama, Jepun







Jika Thunder Dolphin membawa anda melepasi lubang bangunan, Vanish Roller Coaster pula membawa anda melalui lubang di kolam.


Menarik bukan? Tetapi tunggu itu belum cukup lagi kerana anda bukan sahaja lalu di bawah kolam air tetapi akan dibawa menyelam ke dalam kolam air.


Terowong gelap tersebut dihiasi dengan lampu berwarna-warni hingga ramai penumpang berasa begitu teruja.


Tetapi awas jika anda cepat pening sila sediakan plastik muntah kerana roller coaster ini melakukan dua kali pusingan bulatan.

6. Lego Virtual Reality Roller Coaster, Legoland Malaysia


Foto - Wanista




Tak sangka Malaysia pun ada roller coaster yang unik bukan. Pertama di dunia dan Malaysia, roller coast ini didatangkan dengan teknologi Virtual Reality.


Anda akan naik roller coaster sambil dipakaikan alat pandang virtual dan yang lebih menarik anda akan dapat rasakan tolakan G-Force semula jadi dengan pertunjukan virtual seolah-olah anda berlumba dengan karakter Lego.


Fuh, tengok gambar pun dah teruja sangat. Bila naik mesti syok habis! Jom? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduii.. naik yg kat sunway tu pun dah berderau jantung, yg ni mmg x berani laaa {:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 12:30 PM | Show all posts
lamanya x naik roller coaster
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh naik yg kat genting zmn dolu2 pon da senak....ni lagi giler..tobat la nak... Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti cuba ni hihii
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 02:29 PM | Show all posts
mcm best! wahhhhhhhhhhhhhhh kena cuba ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2018 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Never will i try any of this machine {:give
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 04:04 PM | Show all posts
too old for this..huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 04:17 PM | Show all posts
terbayang final destination
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:24 AM | Show all posts
mmg x lah..naik kat genting pun dah serik
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda2 dl nak la naik ni..  Skrg xmungkinnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba plak heart attack karang..  {:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 11:30 AM | Show all posts
bestnyaaaaaaaaaaaaaaa.....dekat times square tu xtau berapa kali Q naik roller coaster dia...genting dulu pun sama gak...Q xtau berapa kali...sunway tu aku xnaik dah lepas kes preggy mom tercampak masa naik roller coaster ni...asalkan xde isu n kes, aku boleh je Q berkali2...legoland JB pun dah naik..tapi bukan yang baru ni...yg lama..

xtau la naper asal pandang je roller coaster ni, adrenalin aku ni mcm tak nyempat2 nak naik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 11:54 AM | Show all posts
naik seronok tapi yg tak tahan tu nak muntah tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 11:58 AM | Show all posts
kat Taiwan lagi adventure rollercoaster

ce tengok Taiwan Screaming condor
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
No 5 sgt menarik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 07:20 PM | Show all posts
Dulu naik yang di legoland masa pegnan anak 3 bulan.. Tawakkal je lah semoga semua selamat Tak tu pe pasal masa ngandung anak sulung tu nak buat benda2 lasak jer
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam banyak2 roller coster yg dah naik, paling aku suka mummy roller coaster kat uss. X sangka dia boleh reverse dgn side effect api api. Best....

Kat disneyland hong kong pun best. Sbb mcm masuk dalam dunia galaxy. Cantik jer....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2018 01:25 PM | Show all posts
Edited by ira_229 at 31-1-2018 01:26 PM
drivethru replied at 3-1-2018 10:04 PM
Dalam banyak2 roller coster yg dah naik, paling aku suka mummy roller coaster kat uss. X sangka dia  ...

tu dia yg mummy & batlestar galactica tu mmg thrill...legoland punya dah naik takdelah seram mana..? genting punya pun takde apa2 bagi i..
disneysea tokyo pun masuk dalam air siap ada api2 lagi pun thrill..yg dekat kawagicho japan tu lagilah tinggi...kenapa tak senarai?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 09:08 PM | Show all posts
penah naik yang T express kat korea tu mmg mcm rasa nak mati kat atas tu. bila dia terjun 90 darjah tu ngucap siap.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058829 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list