View: 41724|Reply: 239
|
Lima Beradik Meninggal Serentak, Makan Telur Ikan Kurau Beracun
[Copy link]
|
|
Sejarah tentang salah satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang, Melaka menjadi tular baru-baru ini.
Laporan Sinar Harian menyatakan, ia berikutan papan tanda yang tertulis, 'Kubur lima beradik mangsa telur ikan kurau' yang mempunyai 10 batu nisan.
Dalam kejadian 43 tahun lepas, Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas menikmati lauk asam pedas telur ikan kurau sebagai hidangan tengah hari.
Foto: Facebook
Menceritakannya kejadian menyayat hati yang berlaku pada I Disember 1974 itu semula adalah adik kepada semua mangsa, Makmor Kassim, 43.
“Saya tidak berapa ingat sangat kejadian itu kerana baru berusia enam bulan. Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar menggemparkan masyarakat pada masa itu.
“Kejadian itu sukar untuk kami adik-beradik lain lupakan apatah lagi emak. Dia selalu sebak bila kisah keluarga kami ini disebut kembali. Mana ada ibu bapa yang tidak sedih apabila hilang lima anak sekali dalam satu masa,” katanya.
Foto: Sinar Harian
Tambahnya lagi, ia berpunca dari telur ikan yang dikatakan beracun.
"Ada 11 ahli keluarga kesemuanya terlibat, termasuk beberapa mak saudara berhampiran yang makan asam pedas telur ikan itu. Malangnya, lima adik-beradik saya meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri. Yang lain menerima rawatan di hospital."
Selepas kehilangan lima anak, pasangan suami isteri tersebut dikurniakan dengan lima anak lain yang lahir selepas itu. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat cerpen nasinya tumpah:
SINOPSIS NASINYA TUMPAH-
Dalam cerpen ini, watak utama JARAH anak kepada SUDIN dan HALIMAH. JARAH, kakak kepada ZABIDAH, BEDOLAH dan HANI. Diceritakan mereka ini daripada keluarga petani yang menjual hasil tanaman seperti pisang benggala, buah jering, bunga melur dan bunga cempaka, ubi, buah sawa dan buah jambu.
Pagi-pagi lagi emak dan ayahnya ke pasar menjual hasil tanaman. Jarah dipertanggungjawabkan untuk memasak dan menjaga adik-adiknya. Jarah berumur 13 tahun dan sudah tidak bersekolah. Begitu juga dengan adik-adiknya.
Setelah memasak nasi untuk makan tengahari, JARAH membawa adik-adiknya untuk menjemur padi bagi memudahkan kerja ibu bapanya walaupun tidak disuruh. Dalam perjalanan menuju tempat jemur padi, JARAH dan adik-adiknya terjumpa KULAT KAKI TIUNG dan mengambil keputusan untuk menjemur dahulu padi sebelum mengutip kulat-kulat tersebut untuk dijadikan lauk makan tengahari. Setelah selesai menjemur padi, mereka pun mengutip kulat-kulat tersebut dengan gembira.
Setiba mereka adik-beradik di rumah. JARAH membahagi-bahagikan kerja kepada adik-adiknya, dan mulai memasak kulat tersebut. Mereka makan setelah JARAH siap memasak.
BEDOLAH yang gemar kulat mencedok sebanyak-banyaknya ke nasi sambil diperhatikan ZABIDAH yang meradang. JARAH menasihati BEDOLAH agar mengambil sedikit dahulu, bila ZABIDAH rasa JARAH berpihak padanya, dia merebut senduk dari BEDOLAH. BEDOLAH mengelak. Ketika itulah JARAH menyergah kedua-dua adiknya dan menyebabkan pinggan nasi BEDOLAH terjungkit kerana tertekan ZABIDAH yang terkejut. Nasi BEDOLAH dan lauk kulatnya tumpah ke bawah rumah dan dimakan oleh itik-itik dan ayam-ayam SUDIN.
BEDOLAH yang marah membaling senduk hingga kena kepala ZABIDAH. JARAH yang hilang sabar memulas telinga BEDOLAH menyebabkan BEDOLAH lari keluar. JARAH dan adik-adiknya makan tanpa mempedulikan BEDOLAH kerana pasti dia akan berhenti juga.
Setelah makan, JARAH mula menidurkan adiknya HANI. ZABIDAH pula mengemas dapur. . Mulanya ZABIDAH muntah dan tergolek di dapur. Tidak lama kemudian HANI muntah-muntah juga, daripada nasi dan kulat yang tidak hadam hinggalah muntah darah. Begitu juga ZABIDAH. JARAH yang panik hendak bangun mengambil air untuk adik-adiknya, dia mula terasa loya dan termuntah:
“Tangan JARAH belum dapat mencapai gayung. Dadanya mulai membara. Loya dan mual. Jarah mulai muntah. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Empat kali Jarah terduduk. Hani terjelepuk atas pahanya. Jarah muntah lagi. Muntah lagi. Jarah merasa sudah tidak ada tenaga lagi walau untuk mengangkat seruas jari. Lemah tubuhnya. Muntahnya memercik ke kepala Hani. Nasi dalam perutnya sudah keluar. Berlambak atas lantai buluh. Jatuh bawah rumah. Dimakan ayam dengan gegak. Dimakan itik dengan riuh rendah.
“Mak…
Suara Zabidah tersekat. Hani sudah lembik terkulai. Zabidah sudah tidak minta air lagi. Badan Jarah bergoncang setiap kali muntah. Muntah itu sudah tidak nasi lagi.,..
Jarah tersembam atas lantai buluh…..
Ms 121-122, Nasinya Tumpah-Fatimah Busu, Dewan Masyarakat 1972.dlm Suara Semusim.DBP.1974. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih2 pun beranak balik sampai 5 |
|
|
|
|
|
|
|
kentel replied at 23-11-2017 10:28 AM
sedih2 pun beranak balik sampai 5
Therapy tu .. Allah ganti balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
ikan tu memang beracun ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
ya arwah mak cakap heboh satu melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
oh lama dah tu...den tak lahiaq (lahir) laie...
|
|
|
|
|
|
|
|
ikan tu memang beracun ke terdedah dgn toksik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Meiizu replied at 23-11-2017 10:35 AM
ikan tu memang beracun ke apa
Katanya peniaga tu tipu. Kata telur ikan lain, rupanya telur ikan buntal |
|
|
|
|
|
|
|
ada kah ianya ditularkan oleh pihak pengelola kuburan tersebut...?
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..
mak pak dia msti tk makan telur tu, psl takut tk cukup
tu yg bagi anak2 makan makanan kesukaan dorg..
takpela, anak syurga semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
budaktua replied at 23-11-2017 10:39 AM
ada kah ianya ditularkan oleh pihak pengelola kuburan tersebut...?
Rasanya diorang baru lepas gotong royong kemas kubur, cam tulah kisahnya lebih kurang. So adalah yg Rasa takjub dgn kejadian it Dan lantas menularkannya |
|
|
|
|
|
|
|
sape baca Cerpen NASINYA TUMPAH.
makan kulat beracun yg baru disembur,.. yg tak mati tu sb dia merajuk, so dia x makan.
sedih weii cter dia! |
|
|
|
|
|
|
|
kentel replied at 23-11-2017 10:37 AM
ikan tu memang beracun ke terdedah dgn toksik?
Kisahnya beli telur ikan Kat pasar. Rupanya telur ikan buntal. Semlm baru masak telur ikan parang.. haha.. dulu2 murah kut telur ikan.. now rm37 sekilo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Telur tuh tercemar atau telur tuh memang jenis beracun? |
|
|
|
|
|
|
|
u, iols baca cter ni!
buka tu dah usang, ummi iols punya. himpunan cerpen2 yg best. salah satunya cerpen Nasinya Tumpah.
mmg sedih sgt.... iols kalau nk baca balik cerpen tu, iols cepat2 skip cerpen Nasinya Tumpah sb x sanggup baca part adik beradik tu menggelupur mati..
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni buat drama kan. drama minggu in .. RTM punya la of cos. dulu2 kan ngetop drama minggu ini. kalau tak silap .. yang berlakon jadi kakak .. di marlia musa. sedih cerita ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
ironi, cerita ni fatimah busu keluarkan dulu dalam tahun 1972
kes adik beradik mati ramai2 di melaka makan telur ikan buntal ni tahun 1974
|
|
|
|
|
|
|
|
eee sialnya sapa yang tuko telor ikan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul peniaga tu tipu.. xjujur betul dia meniaga..
Al-Fatihah utk 5 beradik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|