Sarapan pagi, tengah hari atau makan malam, nasi lemak memang dah sebati dengan jiwa rakyat Malaysia.
Tak dinafikan kunci kesedapan nasi lemak sudah semestinya bergantung pada sambalnya!
Tak ramai penjual mampu sajikan hidangan nasi lemak yang sempurna ya. Antara nasi lemak yang paling popular dan tersedap di ibu kota adalah Kedai Nasi Lemak Tepi Jalan 1996 ini.
Foto: FB NLTJ
Fuh, merecik! Rugi sangat kalau tak pernah merasa. Orang yang datang ke sini tak kisah beratur panjang demi sepinggan nasi lemaknya.
Paling istimewa sebab ianya adalah resipi turun temurun sejak dua dekad lepas.
Foto: eatdrinkkl.blogspot.my
Pelanggan boleh memilih nasi lemak biasa dengan tambahan ayam goreng berempah atau sambal kerang pedas.
Biasa je? Kalau nak yang luar biasa boleh cuba Nasi Lemak Ketam yang berharga RM25 atau Nasi Lemak Lobster RM20.
Foto: eatdrinkkl.blogspot.my dan FB
Menurut komen-komen yang diberikan, Nasi Lemak Ketam memang sangat memuaskan hati sebab ianya disaluti dengan keju yang meleleh.
Dengar pun dah dapat bayangkan kesedapannya, apatah lagi kalau dapat rasa sendiri.
Foto: eatdrinkkl.blogspot.my dan FB
Lokasi:
Nasi Lemak Tepi Jalan 1996
D1-28-G, Block 7 Jalan Dutamas, Cheras, Balakong, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm-2am)
Tel: 017-632-8772
Bila lagi nak belanja kawan-kawan atau keluarga kan? Bawalah datang ke sini, mesti tersenyum lebar! Jom? -CARI |