View: 33704|Reply: 383
|
[Tempatan]
Kes kekejaman bilik tahanan TLDM: 2 meninggal, 2 lagi cedera UPDATE #351
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 2-10-2017 02:41 PM
DUA anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan pada jam 3. 15 petang, semalam.
Dalam kenyataan media TLDM, hari ini, dua anggota terbabit adalah Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26.
Berdasarkan kenyataan itu, kedua-dua mereka menjalani latihan fizikal mengikut prosedur.
Jurucakapnya berkata, ketika latihan, mereka mengadu kepenatan sebelum direhatkan dan seterusnya dimasukkan semula ke dalam bilik tahanan.
"Kedua-dua anggota itu kemudiannya muntah dan sesak nafas. Mereka kemudian diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan.
“Bagaimanapun, disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik pada 3. 15 petang, " kata kenyataan itu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal doktor ke atas kedua-dua anggota itu tidak menemui sebarang kesan penderaan fizikal.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan sebab sebenar kematian itu.
"Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis. TLDM akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan.
“Selain itu, TLDM juga menubuhkan Lembaga Siasatan untuk meneliti prosedur kerja yang sedia ada, " katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ditempatkan di bilik tahanan?
Dah muntah2 dan sesak nafas tak dihantar cepat2 ke hospital ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Fishy nya 2 org meninggal dlm masa yg sama tp tak de kecederaan |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi Wainna Ilaihirrajiun..
Takziah buat keluarga arwah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muda lagi..kesian nya..mcm mana family nak terima nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
bilik tahanan, muntah2, dua orang sekali gus....?
banyak leads.....
|
|
|
|
|
|
|
|
'Berdasarkan kenyataan itu, kedua-dua mereka menjalani latihan fizikal mengikut prosedur'.
'Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis. TLDM akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan.'
Belum ada siasatan lagi dah kata 'mengikut prosedur'' |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: "Saya nak lihat sendiri arwah suami, nak baca laporan bedah siasat. Saya inginkan kepastian punca sebenar kematiannya," kata Bazlin Mohammad, 28.
Isteri Allahyarham Laskar Kelas I, Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilapor meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Lumut petang semalam, berkata laporan bedah siasat dijangka diperoleh jam 3 petang ini.
Jururawat berkenaan berkata, arwah seorang yang sihat dan tidak menghidapi apa-apa penyakit.
"Sebagai jururawat, saya tahu keadaan kesihatan manusia. Maklumat awal mengenai kematian suami, saya tidak boleh saya terima setakat ini," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Sambil menegaskan tidak berpuas hati dengan laporan awal kematian suaminya, Bazlin berkata, beliau melihat penjelasan itu tidak jelas dan meragukan.
"Ketika pegawai di tempat arwah bekerja memaklumkan suami meninggal dunia ketika dalam tahanan, saya tidak percaya dia boleh mati begitu sahaja.
"Takkanlah suami dan rakannya yang turut dikenakan tindakan tahanan, boleh muntah dan sesak nafas bersama-sama," katanya yang kini berada di Hospital Ipoh menunggu jenazah suaminya.
Bazlin berkata, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya pada Rabu lalu.
"Suami memaklumkan, dia dikenakan tindakan tahanan selepas melanggar peraturan ketika berada di sana, beberapa kali lewat ke tempat kerja. Kali terakhir dia lewat pada Isnin lalu.
"Dia juga sempat berpesan kepada saya pada malam Ahad untuk mengejutkannya pagi Isnin itu, namun dia terlewat bangun dan masuk kerja lewat.
"Ketika menghubungi saya, dia berpesan supaya saya tidak risau kerana tindakan tahanan adalah perkara biasa," katanya.
Mohd Baihaqy dan Laskar Kelas I Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, dilaporkan meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.
TLDM menubuhkan lembaga siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) latihan fizikal dan memaklumkan punca sebenar kematian dua anggotanya itu masih dalam siasatan polis.
Kenyataan itu turut memaklumkan hasil siasatan awal mendapati dua anggota terbabit mengadu penat dan direhatkan sebelum muntah dan sesak nafas dan diberi rawatan awal oleh petugas pusat tahanan.
Ia juga memaklumkan, mereka disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada jam 3.15 petang dan hasil pemeriksaan awal doktor tidak menunjukkan sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal. BH online |
|
|
|
|
|
|
|
Cover up. Ada la tu yg tak ikut prosedur... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah. Jangan ada foul play dah ler |
|
|
|
|
|
|
|
TLDM tubuh Lembaga Siasatan siasat kematian dua anggotanya
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat kematian dua anggotanya, Laskar Kelas 1 Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd. Sukri, 26, yang dilaporkan meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sg. Wangi, Sitiawan petang semalam.
Menurut kenyataan TLDM, Lembaga Siasatan itu akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan jika ada pelanggaran terhadap SOP tersebut pihak TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana yang melanggar prosedur semasa menjalankan tugas.
“Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis dan TLDM akan membantu dengan memberi kerjasama sepenuhnya,” kata kenyataan itu hari ini.
TLDM dalam kenyataan semalam memaklumkan dua anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di Lumut.
Kedua-duanya disahkan meninggal dunia ketika pukul 3.15 petang semalam. -
|
|
|
|
|
|
|
|
Racun diletakkan kat dalam makanan mereka ke sister oiii??? |
|
|
|
|
|
|
|
2 org meninggal pd ms yg sama...mcm ada yg xkena je..ada sesuatu yg nak disorok?aku dah xblh nk berbaik sangka dah dgn askar ni pas kes arwah farhan |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahiroji'un .. Salam takziah buat keluarga. Harap2 siasatan tu nnti telus lah hendaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Jgn jd mcm kes arwah paan |
|
|
|
|
|
|
|
Apekebenda nih,buat sakit hati jelah bace brite cmni |
|
|
|
|
|
|
|
erm 2 sekali...pastu awal2 claim kata ikut prosedur
setuju bini dia cek betul2
sblm kes farhan, lama dulu ada lg kes fishy...yg kata bunuh diri tp lutut elok cecah lantai
tgk gmbr dlm forum ni la jugak,ntah apa kesudahan kes pun xtau... |
|
|
|
|
|
|
| |
|