View: 5366|Reply: 38
|
Jijik! Najis Haiwan Dalam Longgokan Ikan Bilis Di Pasar Raya
[Copy link]
|
|
Sebelum ini pernah berlaku kejadian di mana terdapat pengguna terjumpa tikus dalam longgokan cili kering dan longgokan sayur-sayuran di pasar raya Terengganu dan Shah Alam.
Perkara itu telah menimbulkan perbincangan hangat di kalangan netizen yang mengecam sikap pengurusan pasar raya terbabit yang kurang mengutamakan kebersihan.
Memetik laporan The Reporter, baru-baru ini tersebar pula gambar terbaru tentang penemuan najis binatang di timbunan ikan bilis yang dijual di sebuah pasar raya.
Menurut Nanmanjoi Hamzah yang memuat naik gambar itu, kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Rawang.
"Mujur tak pergi *. Agaknya malam-malam dilepasnya anjing bebas dalam kedai itu. * jalan ke Rawang dari Sungai Choh itu," tulisnya di Facebook Group.
Sementara itu, segelintir netizen menafikan najis itu adalah najis anjing, sebaliknya najis kucing berikutan saiznya dan perilaku kucing yang gemar memakan ikan bilis.
Netizen juga mendesak pihak Jabatan Kesihatan Negeri turun padang dan menyiasat insiden itu bagi mengambil tindakan terhadap pasar raya berkenaan kerana ia melibatkan soal kebersihan makanan yang dijual kepada pelanggan.
Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan balas dari pihak pasar raya berkenaan berhubung dakwaan penemuan najis haiwan tersebut.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg elakla beli ikan bilis yg longgok tu, penah nampak tikus meniti. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payahlah edit nama pasar raya...
nak tau jugak nama pasar raya... |
|
|
|
|
|
|
|
x pyh kata taik la
bangla2 nepal2 mokcik2 lpas berak terus pi kopek kulit bawang, kopek sayur, cuba taste anggur... |
|
|
|
|
|
|
|
Belilah ikan bilis di kedal FOR MUSLIM ONLY..........
Ko b elum tengok cara diaorang jemur ikan bilis di Pangkor.
Anjing, ayam, kucing berkeliaran atas jemuran, berak merata....... |
|
|
|
|
|
|
|
Euwww ... sebab tu pihak pasaraya kena memastikan bahan makan perlu diletak dalam bekas berpenutup bukan dibiar lambak terdedah sebegitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, segelintir netizen menafikan najis itu adalah najis anjing, sebaliknya najis kucing berikutan saiznya dan perilaku kucing yang gemar memakan ikan bilis.
taik anjing taik kucing pulak yg dibahasnya...tak kisah la taik apa pun tetap busuk jugak. Kalau taik kucing pun, selera ke nak makan? |
|
|
|
|
|
|
|
Hahhaha...makanan org kaya ja ikan bilis ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hadoi. dah la baru plan nak masak ikan bilis nanti ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat Kat group wasap smlm, Nsk rawang katanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
la iya ke? i selalu jgk shopping kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
so? najis kucing tu kira suci la banding ngan najis anjing?
ahahahhaah |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah bc chef wan bebel ms pembantunya xbasuh dulu cili kering sblm rebus.konon bakteria kuman dah mati masa rebus.panjang bebelannya.lada kering,udang kering,ikan kering, ikan bilis semua tu mest basuh dulu.diaorg buat keje byk2 kebersihan mmg cincai je..that's why aku suka chefwan.bebel dia ada isi.
Tikus tu xpelik.kucing atau anjing dlm pasaraya tu yg pelik.mcm mn blh masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
LavaUollss replied at 29-9-2017 12:59 PM
taik anjing taik kucing pulak yg dibahasnya...tak kisah la taik apa pun tetap busuk jugak. Kalau ...
Hahaha...tul gak tu lava...tak kira la taik apa srkalipyn, dh namanya taik ttp la najis. Lol
|
|
|
|
|
|
|
|
au dhle ske g nsk rawang weyh..
hanat tul lah |
|
|
|
|
|
|
|
wei aku mmg beli ikan bilis kat nsk ni wei..ikan bilis dah kopek.. sbb nye banyak choice..
Respon dari pihak pasaraya mengenai viral gambar najis pada ikan bilis.
Sebelum itu ingin Diperbetulkan desas desus
Yang kini tular Di laman facebook kini sudah diviralkan mengatakan najis tersebut Adalah najis anjing itu tidak betul sama sekali.najis tersebut Adalah najis kucing sebenarnya.tempat kejadian Adalah Di pasaraya nsk RAwang Jaya.
Oleh itu kami Dari pihak nsk RAwang Jaya ingin memohon maaf Dari semua pihak terutama pelanggan2 nsk Diatas kejadian tersebut Yang bukan keinginan kami untuk ia berlaku sedemikian.mungkin Di atas kecuaian atau kelalaian kami (nsk) menyebabkan ia blh berlaku.oleh itu pihak nsk RAwang jaya mangambil berat terhadap kejadian ini.langkah2 Yang segera kami ambil adalah membersih semula tempat kajadian,menangkap kucing2 Yang Masih lagi berkeliaran,memastikan semua pintu atau tingkap Di tutup rapat Dan membuat perangkap2 kucing bagi mengelakkan ia masuk kedalam pasaraya ini.oleh itu kami Dari pihak nsk RAwang Jaya akan mengambil sikap lebih berhati- hati bagi mengelakkanlakkan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.lagi sekali memohon maaf Dari semua pihak.
Nsk Trade City RAwang Jaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|