"Status itu saya muat naik dalam keadaan marah yang mana ketika itu saya tidak tahu
bahawa kanak-kanak yang melakukan perkara kejam itu."
Pelakon Sharnaaz Ahmad menjelaskan tindakannya memuat naik kenyataan yang menuntut pesalah kes bakar pusat tahfiz diseksa di khalayak sehingga mati itu dibuatnya dalam keadaan marah, lapor mStar Online.
"Bagaimanapun, walaupun mereka kanak-kanak, hukuman yang dikenakan perlu setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Kalau boleh biarlah hukuman itu akan menakutkan orang lain juga. Jangan sampai masanya mereka ini dibebaskan dan melakukan janayah lain pula," ujarnya kepada mStar Online.
Status berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang setuju, mahupun tidak dengan pandangannya itu.
"Undang-undang Malaysia kadang-kadang terlalu lemah sehingga membuatkan orang ramai tidak takut. Kes mangsa buli tempoh hari pun senyap sahaja.
"ada saya mereka melakukan kesalahan ini dengan niat untuk membunuh dan perlu pembalasan yang seberat-beratnya," tegas Sharnaaz.
Mungkin ada yang menganggap Sharnaaz berlebih-lebihan mengikut perasaan, namun mungkin itu cara pelakon terbabit meluahkan perasaan marahnya terhadap diri sendiri yang kurang mengambil berat permasalahan dalam masyarakat.
Foto: IG Sharnaaz
"Ia masalah dalam masyarakat yang mana semua pihak perlu ambil berat, saya juga rasa bersalah kerana kurang ambil perhatian terhadap masalah sosial dan kesempitan pusat tahfiz.
"Bila sudah berlaku isu seperti ini baru kita nak marah di laman sosial, bagi saya semua pihak perlu bertanggung jawab terutama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar lebih memperluaskan lagi kempen kesedaran bahaya dadah," katanya.
Apa pandangan anda? - CARI |