CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2592|Reply: 20

Tanam Jagung Sendiri Boleh Jimatkan RM3.2 Bilion Berbanding Import- Ahmad Shaber

[Copy link]
Post time 15-9-2017 04:32 PM | Show all posts |Read mode


sumber : internet



"Negara dijangka dapat menjimatkan RM3.2 bilion sekiranya jagung ditanam dalam negara berbanding mengimportnya."


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPNJ ke-39 di Iskandar Puteri, Johor siang tadi.


Memetik laporan Bernama, beliau berkata, ketika ini sebanyak RM3.2 bilion dibelanjakan pihak kerajaan untuk mengimport tiga juta tan metrik (mt) jagung setiap tahun semata-mata bagi menampung keperluan permintaan dalam negara.


"Kawasan seluas 300,000 hingga 400,000 hektar diperlukan sekiranya kita berhasrat mahu melakukan penanaman sendiri," jelas beliau.


Beliau memuji usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) yang giat membuka kawasan-kawasan baharu bagi penanaman jagung untuk dijadikan makanan ternakan ayam tempatan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2017 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
So siapa nak balik kampung tanam jagung?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 16-9-2017 10:41 AM

banyak cekadak pulak ayam nih nak makan jagung jah. makan dedak tak boleh kah macam macai tuh semua. pastu mohon menteri, kroni & penjawat awam serta glc semua hentikan aktiviti seleweng duit rakyat dan dengan itu rakyat akan kurangkan makan popcorn semasa menonton wayang pegawai sprm usung pesalah rasuah pakai baju oren
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 08:51 AM | Show all posts
kalo pecat seorang menteri boleh jimat berapa billion pulak? just bertanya bukan provokasi WAKAKAKAKAKAA
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 08:57 AM | Show all posts
MarryPottet replied at 16-9-2017 03:54 AM
banyak cekadak pulak ayam nih nak makan jagung jah. makan dedak tak boleh kah macam macai tuh semua. ...

menakotkan betul biler dgr pasal seleweng duit senang2....lg takot dri tgk cter antu, or vdeo antu viral
duit keluar masuk xde sapa trace lak tuh...amik duit tapi xde hitam putih


konon nak buat aktiviti....duit dah amik....aktiviti nya xde....maybe aktiviti dgn org bunian kot..secara ghaib



Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus....kita tubuhkan Lembaga Jagung Malaysia.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa punya cadangan lah ni... import saja lah jagung dari amerika.  Boleh membantu ekonomi negara mereka
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 09:41 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 16-9-2017 09:42 AM



Afrika sedang dalam proses ternak lalat. Terbesar di dunia. Canada sedang nak tiru. Bagi lalat makan sisa makanan, nanti lalat akan biakkan larva ulat. Ulat-ulat ni kumpul, bagi ayam makan. Lagi tinggi nutrisi berbanding jagung. Lagipun memang ayam asalnya patuk sisa makan ulat.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2017 08:39 PM | Show all posts
tanam jagung,

mana tanah utk buat ladang,

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Projek 10 taun dulu
Sampai la ni tak capai matlamat
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 09:56 PM | Show all posts
Pink_Purple replied at 16-9-2017 08:39 PM
tanam jagung,

mana tanah utk buat ladang,

tanah kene la sewa dgn warganegara china sbb tanah kita kan byk dah kene "pelaburan" pd dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 11:19 PM | Show all posts
bangcak replied at 16-9-2017 09:56 PM
tanah kene la sewa dgn warganegara china sbb tanah kita kan byk dah kene "pelaburan" pd dorang.

kalau nak kena sewa,

berapa sangat nak untung
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 11:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
yg utama nya..jimatkan belanja makanan kt Seri perdana tu..jgn kta ladang jagung...klcc pn xkena gadai
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 11:38 PM | Show all posts
Pink_Purple replied at 16-9-2017 04:39 AM
tanam jagung,

mana tanah utk buat ladang,

Eh u dont know ke? dulu ada satu menteri UMNO suggested padi ditanam atas bumbung!! so no need lah tanah tanah on the ground dik oii.



Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 16-9-2017 09:41 AM
Afrika sedang dalam proses ternak lalat. Terbesar di dunia. Canada sedang nak tiru. Bagi lalat m ...

ada tgok dlm thumbnail youtube... tp tak klik... ingat gross... hahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2017 11:53 PM | Show all posts
MarryPottet replied at 16-9-2017 03:54 AM
banyak cekadak pulak ayam nih nak makan jagung jah. makan dedak tak boleh kah macam macai tuh semua. ...

dedak tu ingredients utamanya jagung dik hihih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 11:57 PM | Show all posts
sekngucing replied at 16-9-2017 11:39 PM
ada tgok dlm thumbnail youtube... tp tak klik... ingat gross... hahah

hebat diorang buat, kilang besar ada bekas2 hitam bersusun penuh ulat. Lalat ternak dalam sangkar2 tepi dinding. Projek swasta. Orang afrika dah mula kreatif ramai2 pakat jadi usahawan, bukan lagi takat jual bahan mentah, tapi buat kilang DIY proses sendiri jadikan produk. Untungnya diorang jual dalam USD.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 16-9-2017 11:53 PM
dedak tu ingredients utamanya jagung dik hihih.

kan ada dedak hampas kelapa sawit
sumbat ayam makan dedak jenis tuh sudeyh!
dedak beras pon ada tapi kang sama isu dengan jagung sebab beras pon kena import
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 04:07 AM | Show all posts
DARSITA replied at 16-9-2017 11:38 PM
Eh u dont know ke? dulu ada satu menteri UMNO suggested padi ditanam atas bumbung!! so no need lah ...

itu projek lagi besar,
kita bumbung pun xde, bumbung rumah kita bukan bentuk rata,
kalau gitu lepas ni projek perumahan semua kena ada satu rekaan bumbung yg boleh bercucuktanam..
bijak menteri tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.281737 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list