Anda suka berjimba di tanah tinggi? Suka pula membeli-belah? Sudah cukup pakej tu, bolehlah ke Genting Highlands Premium Outlets (GHPO).
Masih ingat dengan JPO atau Johor Premium Outlets? Kini ia juga sudah dibuka dan menjadi outletnya yang kedua di Genting Highlands! Wow!
Memang tak boleh lepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan berjenama kegemaran anda di sini.
Nak tahu lagi, ia merupakan premium outlet pertama di Asia Tenggara yang terletak di kawasan tanah tinggi! Kau ado? Huhu
Memetik laman Vanilla Kismis, outlet yang dibangunkan dengan kos RM200 juta ini meliputi 150 outlet jenama terkenal!
Harga yang ditawarkan juga memang berbaloi, dikatakan anda boleh mendapat nilai penjimatan sehingga 65 peratus!
Bukan itu sahaja, selain pakaian, kasut, aksesori dan pelbagai barangan berjenama, anda juga bolehlah melepaskan lapar dan dahaga di sini.
Jauh? Tidaklah! Hanya lebih kurang 45 minit sahaja dari Kuala Lumpur. Jadi sekarang tak perlulah pening sampai nak ke selatan tanah air. Di Genting pun dah ada! Menarik, kan? - CARI
Foto: Says/ Eat Pray Love
|