Amboi, bukan main 'naik tocang'lagi pekerja asing yang satu ini.
Datangnya mereka ke bumi Malaysia memang untuk mencari rezeki. Namun segelintir daripada pekerja asing ini memang sinonim dengan sikap atau perangai yang negatif.
Malah ada yang sudah pandai 'lawan tokei' seperti paparan mesej yang menjadi viral di bawah ini.
Katanya pekerja Bangladesh ini sampai tahap berani mengugut seorang pekerja TNB kerana dipercayai telah memotong bekalan elektrik di kawasan mereka.
Baca petikan screenshot berikut:
You ingat orang Bangla takda duit ke...?
Sebenarnya perbualan tersebut agak melucukan kerana gaya penyampaian dan juga ejaan yang nyata begitu 'bersimpang-siur'.
Pening juga membacanya. Namun, tidak pula dapat dipastikan sama ada perbualan ini benar-benar wujud mahupun hanyalah sebuah troll.
Bagi netizen lain pula, mereka turut berkongsi kisah dan pengalaman buruk yang pernah dilalui dengan warga asing di negara ini.
Bagaimana pula dengan anda? Pernah terkena dengan pekerja asing yang lawan tokey ini? - CARI |