View: 12586|Reply: 95
|
Kena Langgar Lari Di Hong Kong, Kamal Adli Tetap Bekerja Non Stop
[Copy link]
|
|
Walaupun baru sahaja terlibat dengan kemalangan, namun pelakon Kamal Adli mempunyai semangat luar biasa!
Dia dikatakan tetap meneruskan komitmen untuk bekerja walaupun keadaan dirinya yang cedera dan belum lagi sembuh.
Memetik Astro Gempak, Kamal tetap meneruskan tugas sebagai hos untuk program #expreRiance, Curi Curi Cuti yang menjalani penggambaran di Hong Kong.
Memang keadaan Kamal amat menyedihkan, ditambah pula ia merupakan kejadian langgar lari.
Hal tersebut turut diterangkan oleh pelakon Emma Maembong yang turut berada di Hong Kong kerana ditampilkan sebagai tetamu program tersebut.
"Sebelum pergi kerja breakfast dulu with @kamaladli. Get well soon. Alhamdullilah awak tak ada sakit dalaman yang serious. Syukur sangat. Cuma luka di #keslanggarlari #emmamaembong #emavengers @emavengers," tulis Emma di laman Instagram miliknya.
Moga Kamal segera pulih seperti sedia kala! - CARI
Foto: Astro Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
gws kamal walaupun nampak kepam busuk nau heols
emma comel |
|
|
|
|
|
|
|
Aetis kepam busuk |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki gemok kepam |
|
|
|
|
|
|
|
serius kamal adli nampak busuk.....patut dpt gf comei mcm ni nmpk lagi hensem... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je kamal deli ni.stil ad rupa n sgt mghiburkn. Drp jantan nk ensem 24hours hekhek. Yg tu lg euwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
satu je komen ak :
#NampakBusuk |
|
|
|
|
|
|
|
nampak busuk.
hadoi, blakon dah ok dah. luaran pulekkkk nan hadooo |
|
|
|
|
|
|
|
maigad, selekehnya
kan dah distracted from the issue.
langgar lari report polis tak? |
|
|
|
|
|
|
|
apesal lah nampak mcm tak terurus je |
|
|
|
|
|
|
|
nampak wangi tu cmne ek? any idea. haha. kadang2 tak faham juga taste uols |
|
|
|
|
|
|
|
oooo dia kena langgar lari kt hongkong ke?
sebab macam ade terbaca, dia bawak moto kena langgar lari dgn lori/van
rasenye terbaca macam di malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Kamal Adli kemalangan dengan lori
Oleh Farhana Ab Rahman
[email protected]
KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamal Adli, menjadi mangsa langgar lari apabila motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), minggu lalu.
Kamal bagaimanapun bersyukur apabila beliau tidak mengalami kecederaan parah dalam insiden yang boleh meragut nyawa itu.
"Kejadian berlaku ketika saya pulang daripada bermain bola, sekitar jam 2 pagi di MRR2. Secara tiba-tiba sebuah lori memotong laluan dengan laju tanpa menyalakan lampu amaran terlebih dulu. Saya terpaksa melepaskan motosikal kerana tidak mahu terperosok di bawah lori atau melanggar pembahagi jalan.
"Saya dapat lihat motosikal bergolek-golek di bahagian belakang, manakala topi keledar pula tercampak ke depan. Lori itu pula meninggalkan tempat kejadian tanpa memberikan sebarang bantuan. Saya rasa mungkin pemandunya takut dengan apa yang berlaku.
"Alhamdulillah, semuanya selamat dan saya tidak mengalami kecederaan parah. Kalau diikutkan, cara jatuh itu sangat berbahaya dan boleh meragut nyawa," katanya kepada BH Online.
Pada mulanya, Kamal enggan memperbesarkan kisah kemalangan terbabit, namun ia mula mendapat perhatian ramai apabila insiden berkenaan dimuat naik oleh rakan artis di sosial media.
Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Kamal kini terikat dengan program travelog, Curi-Curi Cuti, yang membawa artis tempatan bercuti bersama peminat bertuah di luar negara.
Selain itu, Kamal juga bakal menjalani penggambaran drama bersiri 16 episod untuk saluran Astro Ria.
|
|
|
|
|
|
|
|
tajuk tred reporter cari bercanggah
kamal eksiden di malaysia, bukan di hong kong |
|
|
|
|
|
|
|
lorh.. repoter pong.. aduhaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
dia accident kowt uols takkan la die tetiba nk melaram ms tgh sakit2 tu.
tp meols agree time lain die memang nampak busuk |
|
|
|
|
|
|
|
Kena langgar kat HK ke MRR2 ni?
Btw cam kaki preggy mommy 3rd trimester.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gedabak kaki |
|
|
|
|
|
|
| |
|