View: 8016|Reply: 40
|
[Dunia]
Seorang gadis dipukul kerana memakai seluar pendek di bulan Romadhan.
[Copy link]
|
|
YouTube .. https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=AjzL4Xj1oIE
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 880x487. |
Asena Melisa Saglam
TURKI: Aktivis hak wanita dan ahli keluarga membantah tindakan polis melepaskan seorang lelaki yang menyerang seorang gadis dalam sebuah bas di Istanbul hanya kerana beliau memakai seluar pendek pada bulan Ramadan.
AFP melaporkan kejadian itu bermula dengan seorang lelaki yang duduk di belakang Asena Melisa Saglam, memarahinya kerana memakai seluar pendek pada bulan Ramadan.
Suspek kemudian memukul mangsa di mukanya yang menyebabkan pelajar universiti itu bertindak balas dengan mengejar suspek.
Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat menolaknya ke bahagian belakang bas, sebelum berlari keluar dari bas itu.
Lelaki terbabit ditahan selepas serangan itu, sebelum dibebaskan berdasarkan keterangannya yang perbuatan wanita itu mencetuskan kemarahannya.
Susulan itu, sebuah pertubuhan hak asasi wanita mengadakan bantahan dengan menyifatkan pembebasan lelaki itu sebagai ancaman kepada semua wanita.
“Kami akan memakai apa saja yang kami mahu di luar, kami tidak akan berkompromi dengan kebebasan kami,” tulis organisasi dikenali sebagai “We Will Stop Femicide Platform” di Twitter.
Susulan bantahan itu, arahan dikeluarkan untuk menahan semula lelaki terbabit.
Global news memetik polis di Istanbul sebagai berkata, suspek sebenarnya tidak dibebaskan dan hasil pemeriksaan mendapati dia mempunyai waran tangkap kerana “kes penipuan cukai”.
Bantahan yang diadakan ahli keluarga mangsa dan orang ramai turut menyebabkan pendakwa raya mengenakan pertuduhan tambahan iaitu menghina, sengaja mencederakan dan menghasut orang ramai mencetuskan kebencian dan permusuhan awam, menurut kenyataan Anadolu Cumhuriyet dari pejabat ketua pendakwa raya.
Penentang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa kerajaan pimpinannya merosakkan prinsip negara sekular yang diamalkan bekas presiden, Mustafa Kemal Ataturk untuk melindungi hak wanita.
Kerajaan bagaimanapun bertegas, ia tidak menyekat kebebasan wanita berpakaian mengikut kehendak mereka, termasuk membenarkan mereka memakai tudung di universiti, sekolah dan dalam pasukan tentera.
http://www.freemalaysiatoday.com/cat...-pada-ramadan/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tamat sudah era sekularisme Turki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ada nnt lobai2 kon jah |
|
|
|
|
|
|
|
Mabuk agama la tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ermm... x perlu kot nak pukul perempuan tu. Over sangat! |
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. replied at 22-6-2017 08:12 PM
Hanya sekelumit sahaja spesis lobai mudah terhina di Turkey. Majoriti rakyatnya bersyukur, mendukong ...
Sejak erdogan jadi president ni makin banyak golongan lobai bodoh di turki |
|
|
|
|
|
|
|
bencinya fin kat lobai kon.
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin baginda baru sahaja dapat wahyu dari yang maha berkuasa yang menyuruhnya supaya memukul wanita kayu api nuraka tersebut? takbirrr...... kemenangan buat islam sebagai agama keamanan! |
|
|
|
|
|
|
|
"Aku kah yg bersalah berseluar pendek di bulan ramdan...atau kau kah yg bersalah memukul aku berseluar pendek di bulan ramdan"..??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak apa....tentera Turkey mengawasi agar kemalisma senantiasa terjaga. Insyaallah.
|
|
|
|
|
|
|
|
laki dayus.......... |
|
|
|
|
|
|
|
pastu mamat turki tu melancong ke malaysia mesti jadi gile mata cuci puas2 tgk bagaimana negara malaysia ni lebih sekular daripada turki...walaupun katanya negara isle.
pompuan bertudung tapi dengan seluar baju ketat mendat...bek bukak je tudung tu. Nak pakai seksi pakai jelah terus seksi toksah berselindung di balik tudung kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. replied at 23-6-2017 12:36 AM
Tak apa....tentera Turkey mengawasi agar kemalisma senantiasa terjaga. Insyaallah.
Melaya ni pun sebenernya asal nugara sekuler, tapi dah abis dikopamkan oleh lobai2 towngong lurus bendul |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa,bila org perempuan pakai tudung tapi pakai baju,seluar ketat disuruh buka tudung?
tapi bila perempuan muslim tak pakai tudung,tapi pakai baju,seluar ketat xde pulak disuruh bogel?
sedangkan dua2 nya berkaitan dgn aurat jugak,kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Melampaulah sampai pukul orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib la malaysia x smpi camnih lagi...paling jahat pun stakat snap gambar senyap2 pastu viralkan sambil beriwayat ala2 stazah kat socmed |
|
|
|
|
|
|
| |
|