|
"uasa tahun ini merupakan sesuatu yang indah bagi saya apabila dapat berpuasa bersama isteri dan merasai makan yang disediakan olehnya ketika berbuka."
Itulah yang dikatakan oleh penyanyi dan juga vokalis kumpulan Wings, Awie yang begitu teruja apabila dapat berpuasa bersama isterinya, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin tahun ini.
Bercakap kepada Astro Gempak, Awie berkata ia merupakan kali pertama dia dan isterinya berpuasa bersama sebagai suami isteri.
"Ini merupakan kali pertama isteri saya berpuasa bersama suami dan yang lebih istimewanya apabila anak-anak mendapat ibu baru.
Foto: Astro Gempak
"Kehidupan kami kini lebih lengkap dengan kehadiran isteri dan saya berharap Ramadan ini menjadi permulaan yang baik buat kami.
"Saya juga berharap agar dapat meluangkan masa secukupnya bersama keluarga," katanya.
Wah, pastinya ia memberi pengalaman terindah buat Awie dan isterinya pada Ramadan tahun ini. - CARI
Foto: Suria FM
|
|