CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14962|Reply: 116

Zizie Izette Kembali Berlakon Kerana Michael Ang

[Copy link]
Post time 2-6-2017 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Lama tak muncul di kaca televisyen tidak menghakis bakatnya dalam seni lakonan. Bahkan lakonannya meninggalkan kesan kepada penonton walaupun lama tidak mengasah bakat.


Jika anda tonton drama Hero Seorang Cinderella, pasti anda berasa sakit hati melihat Datin Seri Zizie Izette yang mesra disapa sebagai Zizie membawakan wataknya sebagai Puan Sri Mawar dalam drama berkenaan.








Bukan apa, geram melihat watak Medina yang dilakonkan Nur Fazura dibuli Puan Sri Mawar dan anaknya Puteri (Uqasha Senrose).


Zizie dilihat berjaya menghidupkan watak ibu tiri yang jahat walaupun sudah lama tidak berlakon.


Memetik Astro Gempak, Zizie mengakui hatinya terbuka untuk kembali berlakon kerana Michael Ang menerusi siaran langsung MeleTop, malam Selasa lalu.




Foto: Astro Gempak




“Saya menerima tawaran untuk kembali berlakon kerana Michael. Berterima kasihlah kepada dia kerana dia yang bertanggungjawab membawa saya kembali selepas ‘berehat’ panjang.

“Selepas ini saya tidak mahu lagi berehat terlalu lama kerana lapan tahun saya berhenti, bila masuk set balik saya terlupa teknik berlakon.

“Nak dapatkan balik teknik itu semua, bukan perkara yang mudah. Dan yang menjadi masalah utama saya ialah apabila ‘nervous’ menguasai diri,” katanya.


Sementara itu menurut Micahel Ang, watak Puan Seri Mawar dan Puteri memang sengaja dicipta untuk dibenci tetapi disayangi dalam masa yang sama.

“Kalau anda baca novel, watak ibu dan kakak tiri Medina berbeza dengan yang kami bawa ke kaca televisyen,” katanya.




Foto: IG Michael Ang



Semoga Zizie terus berlakon dan memberikan yang terbaik ya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2017 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg menjadi dia jadik mak tiri. ekspresi mukanya bila dgn uqasha rasa geram je nak penyek2 muka diorg bedua. tp kelakar. i is terhibur
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
yup..geram tp durang sgt funneh..like bimbo sgt tgk..adengan xleh masuk keta sbb kena himpit dgn dua keta lain yg lawak nau.smpai suruh puteri diet lps mi..ahahahaha...but menjadikkklahh.terbaik zizie n uqasha
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 11:59 AM | Show all posts
a little bit over the top kali ni
maybe reserve sikit...evil with poise
zizie always deliver btw
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg suke part zizie dgn ungka watak bimbo tu hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:01 PM | Show all posts
Yang penting dia laaaagi best berlakon dari si kayu. Turn off tgk drama tu kalau ada scene heols tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2017 12:03 PM | Show all posts
suka dengan lakonan Puan Sri Mawar, tapi pada masa yang sama rasa nak tenyeh-tenyeh ajer muka dier
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Puan sri mawar mendoniaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp sexy sgt tme mula2 tu...exercise kt umh..tongek2
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:13 PM | Show all posts
zizie dgn ungka dua2 ala2 diampuni ummah lepas berlako menjadi dlm HSC
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:18 PM | Show all posts
yes menjadi lah dia punya karakter as mak tiri.. dia dgn puteri tu manja2 bimbo tapi dia nya sahaja boleh jadi evilllllll..

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:19 PM | Show all posts
mak aku boleh jadi excited nak layan ceta ni sbb adanya zizie nih lah.... sbbnya mak aku masih terkesan dgn drama dia - 2 Marhalah...  
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:25 PM | Show all posts
Dengan exercise baju kemain sexy, tapi tak jugak kurus-kurus
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:27 PM | Show all posts
zizzie ni berlakon mmg menjd
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow walaupun dah 8 thn tak berlakon tp masih terbaik bila berlakon blk
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
zizie ni umur baru 39 kan, tapi dh bawak watak mak, mak pd uqasha pulak tu. btw, tak pernah tgk citer ni, tp baca komen2 macam best je, nak tengok la nnti kat youtube
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2017 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Owhh lain ke dari dalam novel
Kalau mike mmg sengaja buat camtu kira menjadi laaa
Tgk watak kat tv nak benci tp dalam masa sama terhibur so tak jadi nak benci
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
"Kalau puteri tak muat takkan mama muat" - Puteri

"uteri pun tak muat? Diet lepas ni" - PSMawar

Suka tgk puteri n mamanya. Dalam jahat ada lawaknya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 01:14 PM | Show all posts
Uqasha berlakon dgn Fazura & Zizie terus tak nampak kayu kayan, cuma lontaran vokal tak besttt
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 01:19 PM | Show all posts
i like uqasha dlm citer ni. skit mamaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tp i tgk kt youtube je.so x menyumbang kat rating.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.076282 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list